Skip to main content

Tempat Menarik Melaka | The Shore Oceanarium @ Malacca River




Bila sahaja kami sama-sama punyai masa terluang, pasti akan cari jalan untuk eksplorasi pelbagai jenis tempat menarik dan tarikan di Malaysia ini. Tidak kiralah baru atau lama mesti nak cuba! Baru-baru ni sis dan suami berpeluang ke The Shore Oceanarium Melaka. 

Menarik rupanya tempat ini. Lain dari yang lain. Pada pengamatan sis, tempat ni sangat sesuai untuk ibu bapa yang ingin membawa anak-anak berjalan sambil berhibur. Selain daripada dapat berhibur, anak-anak juga akan dapat mempelajari sesuatu di sini. Pasti menyeronokkan bukan?

Terletak di Level 2F-01, The Shore Oceanarium yang berada di kawasan Sungai Melaka sangat mudah untuk dijumpai. Kiranya, masuk-masuk sahaja dari lobi, naik sahaja escalator atau lift untuk ke tingkat 2, kemudian boleh terus nampak dah tempatnya! 

Untuk pengetahuan anda, The Shore Oceanarium ini juga dibuka pada setiap hari dari pukul10.30 pagi sehingga 9.00malam. 


Apa Yang Best di  The Shore Oceanarium @ Malacca River


Sampai-sampai sahaja tingkat 2, kami terus menuju ke The Shore Oceanarium. Masa tu memang tak ramai mana orang. Kemudian beratur seketika untuk membeli tiket sebelum kami di bawa masuk ke dalam The Shore Oceanarium. 

Masuk-masuk sahaja boleh terus pilih sama ada nak bergambar kenangan atau tidak. Terpulang. Gambar yang diambil biasanya akan dijadikan cenderahati dan boleh dibeli di kaunter cenderahati di luar kawasan The Shore. 

Bila dah masuk ni ingatkan ianya sekadar akuarium biasa sahaja untuk tengok-tengok ikan, hidupan laut dan sebagainya, rupa-rupanya banyak benda boleh dibuat! Ataranya ialah:-



Menyentuh Hidupan Laut & Baby Shark Secara Live!


Bila masuk je dalam oceanarium, memang teruja tengok ikan-ikan dan hidupan laut yang banyak dan bermacam jenis. Dan bila dah masuk, takkan nak tengok je kan? Teruja pula rasa nak sentuh. Terutamanya anak jerung! Seronok bila dapat belai dan sentuh mereka secara real.




Menikmati Permandangan Seolah-olah berada di dasar lautan


Selain daripada suasana yang seolah-olah berada di bawah lautan, akuariumnya bukan sahaja ada di merata-rata, tetapi termasuklah di atas siling kepala kita.  Seolah-olah kita berjalan di dalam sebuah terowong di dasar lautan.  Seronok juga bila nampak ikan pari, jerung berenang-renang di atas kepala. 




"Augmented Reality" yang membuatkan kita seolah-olah berada di Alam Fantasi!


Yang ni paling seronok sebab sis sukakan sesuatu yang fantasi! Dekat sini boleh pilih samada nak jadi orang kaya ke, ikan duyung, tersesat di taman rama-rama ataupun berada di sarang buaya dan lain-lain lagi. Ha, semua boleh rasa. 






Tayangan 3D Teater Filem Turtle Adventures 8 in 1 Cinema 


Selain itu ada tayangan filem Turtle Adventure di sana. Tayangan teater filem Turtle Adventure ni pun memang agak menarik sebab membuatkan kita seolah-olah terasa macam ada efek-efek realistik ketika sedang menontonnya. 

Dengan deruan angin, buih-buih di lautan dan gegaran yang terasa ketika menonton,  seolah-olah rasa macam jerung, ikan paus semua tu macam nak keluarlah dari TV lah!




Bergembira dengan 3D Art


Tak usah pergi jauh-jauh sampai Langkawi sana. Dekat sini pun ada juga 3D Art yang membolehkan gambar kita nampak unik dan kreatif. Bergambar dan berposinglah macam mana pun yang korang nak dan ikutlah kreativiti masing-masing kan.

Dekat bawah ni salah satu gambar yang kami ambil. Banyak lagi gambarnya sebenarnya, tapi tak berbakat sangat ambil gambar jadi kita tak upload. hehe



Kesimpulannya, itulah antara aktiviti-aktiviti yang sis dan suami sempat buat semasa berkunjung di The Shore Oceanarium ni. Ada lagi aktiviti lain seperti ocean theater, fun freakish & shark quest yang sis tak sempat buat. Mungkin lain kali lah pula ya. Ada rezeki kita datang lagi. Semoga perkongsian ini membantu!


Harga Ticket Hanya

RM33.00 dewasa
RM23.50 Kanak-kanak & Senior Citizen
Optional Add On:
Freeding Frenzy : RM10
3D Interactive Package : RM10



Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:


https://www.oceanariummelaka.com/

Comments

  1. bestnya.... tp yg dekat kt aquaria pun tak penah sampai lg...
    tgk yg gambar pegang tapak sulaiman tu teringat filem finding dory lak

    ReplyDelete
  2. Alah bestnya tempat ni.. Syok tu boleh pegang hidupan laut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda