Skip to main content

Apa Beza i-Suri dan i-Saraan?




Apa Beza i-Suri dan i-Saraan? | Pada awalnya sis langsung tidak tahu yang wujudnya i-Saraan selain i-Suri. Seperti desas-desus yang kedengaran i-Suri yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikatakan kononnya dibuka bagi menjaga kebajikan kaum wanita samada yang bujang mahupun telah berkahwin untuk mendapat subsidi RM200 daripada kerajaan.

Selain itu, i-Suri yang juga dikatakan bertujuan untuk menjaga kebajikan suri rumah agar ada nya potongan kwsp yang dibuat untuk mereka. Dan potongan tersebut adalah dari akaun suami bagi setiap suri rumah. Okay, itu semua hanyalah kabar angin. Jadi apakah sebenarnya i-Suri ini? Persoalan itu cukup membuatkan sis tertanya-tanya. Apatah lagi perlaksanaan i-Suri masih dikatakan sangat baru lagi. So, tanpa berlengah lagi sis ke kaunter kwsp untuk mendapatkan maklumat lanjut.  Meh sini sis terangkan.



Apa Sebenarnya i-Suri?

1. Masih dalam fasa satu
2. Merupakan insetif khas kerajaan buat suri rumah untuk mencarum kwsp mengikut syarat isi rumah RM1000 ke bawah. (Persoalannya ada lagi ke isi rumah RM1000 ke bawah sekarang ni? Okay, fikir positif maybe masih baru dilaksanakan.)
3. Berdaftar dengan akaun e-kasih.
4. Senarai nama sudah dipilih untuk i-Suri bagi yang layak.
5. Fasa seterusnya mungkin akan menyusul dengan syarat berbeza.
6. Subsidi dari kerajaan sebanyak RM200 kepada penyimpan i-Suri Fasa1 (Setelah setahun menyimpan)
7. Carum sendiri secara bulanan ke akaun masing-masing.
6. Tidak lebih dari usia 60 tahun.




Apa Pula i-Saraan?

1. Dibuka kepada sesiapa sahaja.
2. Tiada syarat khas. Asalkan mempunyai akaun bank dan akaun kwsp
3. Tujuan dibuka adalah untuk memudahkan orang yang bekerja sendiri bagi mencarum kwsp masing-masing.
4. Boleh isi borang di kaunter setiap bank atau transfer duit ke akaun kwsp dengan menggunakan kaedah banking atas talian. Contoh guna CIMB Clicks. 
5. Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.



Perkongsian sis ini adalah daripada maklumat yang diperolehi dari pekerja di kaunter kswp. Maafkan sis jika ada yang tersilap. Namun, inilah perbezaan yang telah sis perolehi dan fahami mengikut apa yang dimaklumkan oleh pekerja kwsp. Jika ada tambahan sis akan update di posting yang lain pula. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Thank you sudi baca! Bubye!


Comments

  1. lagi teruk, baru tahu pasal yg i saraan tu, yg i suri tahu jgk lah tp sbb rasa diri mmg tak layak... jd tak pernah amik tahu... hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda