Skip to main content

Kanak-Kanak Datang Ke Masjid Adakah Patut Atau Tidak?




Sesuaikah kanak-kanak datang ke masjid? Apakah pendapat anda? Apapun, pelbagai jenis penerimaan berbeza diberikan daripada orang sekeliling terutamanya jemaah masjid serta surau-surau apabila adanya kanak-kanak yang mengikut datang ke masjid sekali. 

Segelintir jemaah berasa rimas dan tidak sepatutnya ia berlaku kerana katanya kanak-kanak cuma datang bermain-main, membuat bising dan mengganggu jemaah lain yang sedang bersolat. 






Kanak-Kanak Datang Ke Masjid Patut Atau Tidak?


Datang Semata-Mata Untuk Bermain

Apabila mereka bermain-main dan membuat bising, pasti ada yang rimas dan tidak suka kerana dikatakan mengganggu ketenteraman ibadah.

Kanak-kanak juga sering dihalau ke saf belakang dan tidak digalakkan untuk solat satu saf dengan orang dewasa. 

Jika ini terjadi, bagaimana caranya hendak memupuk rasa cintakan surau, cintakan masjid jika kenangan yang ada hanyalah kena marah sahaja?


Perlunya Pelapis Dari Generasi Baru

Dalam isu ini, kita sepatutnya lihat dari perspektif yang lain. Bagaimanakah seandainya masjid-masjid mahupun surau-surau tidak lagi berseri?

Di mana kurangnya jemaah lelaki mahupun perempuan yang mengimarahkan masjid? Ya terutamanya lelaki. Kerana apa? Kerana kurangnya mereka dipupuk dengan perasan 'biasa' dan digalakkan untuk ke masjid sejak dari kecil lagi.

Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Isu ini nampak remeh, tetapi boleh menjadi besar sebenarnya. Pernah dengar pepatah 

Kemenangan umat Islam hanyalah akan berlaku apabila masjid-masjid dan surau-surau dipenuhi dengan jemaah-jemaah lelaki yang bersolat subuh seperti solat jumaat.

Betulkan jika saya salah.


'Bersahabat' Dengan Masjid Terlebih Dahulu

Teringat kata-kata pepatah dari seorang imam di sebuah masjid di Indonesia (Di dalam rancangan 'Atlas masjid nusantara'). Beliau berkata. 

Tidak mengapa jika kanak-kanak datang ke masjid walau hanya dengan berseluar pendek dan bertujuan untuk bermain-main sahaja. Kerana biar mereka bersahabat dengan masjid dahulu. Katanya lagi "Cintai masjid dahulu, baru dibetulkan akhlaknya.


Jemaah wanita di Masjid Berasa Tidak Selamat

Isu lain yang ingin sis ulas adalah keselesaan dan keselamatan bagi jemaah wanita. Pernah sis datang ke sebuah surau di taman perumahan. Kira datang musafir sahaja. Kami baru sahaja bersolat dan ingin memakai tudung. 

Belum sempat tudung disarung, tiba-tiba ada seorang pak cik yang kemungkinan petugas masjid tersebut terus masuk ke kawasan jemaah wanita tanpa bertanya terlebih dahulu dan tanpa meminta izin.

Geram saya apabila dia selamba sahaja masuk ke ruangan jemaah wanita kononnya untuk menutup suiz lampu dan kipas.

Sedangkan sudah jelas kedengaran suara-suara jemaah wanita yang masih berada di situ dan masih belum menutup aurat dengan sempurna. 

Suiz itu pula bukan pula disebalik tirai sebaliknya memang di tengah-tengah ruang solat saf jemaah wanita. Kecewanya saya!

Sememangnya isu ini sangat mengecewakan dan membuatkan jemaah wanita tidak berasa selamat untuk menunaikan solat dengan sempurna. 

Pun begitu, sis berharap semoga ada kesedaran pada pihak AJk-ajk masjid agar mengambil orang-orang yang berkelayakan sahaja dan memahami Islam ntuk menjalankan tugas.


Banyak lagi isu lain yang ingin sis ulas tentang masjid. Termasuklah isu masjid ditutup awal sehingga menyukarkan orang yang bermusafir untuk melakukan ibadah wajib.

Bagi sis isu kanak-kanak datang ke masjid bukanlah sesuatu isu. Sebaliknya, harus digalakkan. Pun begitu, memantau keselamatan mereka juga harus dititikberatkan. Tidak kira walau dimana mereka berada. Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat.

 Sekian sahaja dari sis. Terima kasih sudi baca.






Comments

  1. betul tu, kadang kita terlalu menghukum, tak blh itu tak blh ini... mentaliti dulu2
    skrg org lebih terbuka tp kalau di kampung2 masih lg tak berapa mesra kanak2 masjid ni

    kadang2 kita pusing2 kt kawasan masjid ngn moto pun dh ada yg jeling2...

    ReplyDelete
  2. Isu ni mmg lama sudah diperdebatkan. Ada orang tak dpat nak tolerate dengan anak2 yang buat hal di masjid. Sebagai ibu..akak OK jer budak2 datang ke masjid. Tapi kena pantau juga lah kan. Semua orang kena ambil bahagian dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Kalau ada yang buat hal..tegur jer la baik2..kadang2 budak2 ni dengan mak ayah derang tak makan saman. Tapi dengan orang lain InshaALLAH makan saman. HAHAHA..jangan makan selipar sudah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda