Skip to main content

Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah Selera Melaka





Resepi Ayam Masak Kicap Selera Melaka. Ha, betul ke nama resepi je sama, tetapi lain cara membuatnya mengikut Negeri dan cara masing-masing? Hal itu telah menjadi diskusi antara sis dengan kawan-kawan sis apabila berkongsi cerita tentang perihal masakan.

Kata mereka resepi keluarga mereka agak berbeza. Ada yang berkuah cair, ada yang terus rebus ayam tanpa menggoreng dan sebagainya. Resepi korang pula macam mana ya?

Oleh itu, tanpa berlengah sis nak kongsikan resepi ayam masak kicap selera Melaka yang telah diturun temurunkan keluarga kepada sis. Resepinya mudah dan ringkas sahaja, tetapi dijamin kesedapannya okay? Dan sememangnya resepi orang Melaka.



Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah Selera Melaka

Bahan-bahan Ayam Masak Kicap

Beberapa ketul ayam - Dipotong Dadu

Cili Padi - 7 ketul

Bawang Merah - 2 biji 

Bawang Putih - 2 ulas

Halia- Seulas

Cuka - Sesudu

Garam Secukup Rasa

Kicap Manis

Kunyit

Sayur (Kacang panjang/lobak merah)



Cara-cara Membuat Ayam Masak Kicap Selera Melaka:


1. Basuh ayam sebersih-bersihnya dan dipotong dadu.


2. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.


3. Gaulkan ayam dengan kunyit serbuk dan secubit garam.


4. Goreng sehingga kekuningan dan tidak terlalu garing.  Toskan minyak dan ketepikan.


5. Dengan Menggunakan minyak yang sama, kurangkan jika terlalu banyak. Kemudian tumiskan bawang merah , bawang putih dan halia sehingga naik bau.


6. Setelah naik bau, masukkan ayam, kicap dan cili padi. Kacau rata sehingga nampak likat.


7. Masukkan sayur jika perlu (ikut citarasa).


8. Masukkan cuka bagi memekatkan lagi kuah. Kacau rata dan biarkan menggelegak buat seketika.





Dan sedia dihidang! Okay mudah je kan? Yang pasti sedap tau! Orait, sekian sahaja dari sis. Selamat mencuba & 
Semoga bermanfaat !




Comments

  1. yelah tiap negeri kn ada cara masak masing2 kan...

    tp lebih kurang gk jnji ada kicap hhehehe
    kalau mak sya masak mesti ada rempah 3 sekawan tu tak pun ada kulit kayu manis, ni dia akan boh sedikit santan bagi lg lemak berkrim gitu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda