Seronok rasanya apabila kuih muih yang kita pertama kali buat, walaupun tidaklah secantik mana kejadiannya dimakan dengan penuh berselera oleh insan tersayang. Rasa dihargai walaupun hasilnya tidaklah sesempurna mana.
Resepi donut mudah dan ringkas ini diperturunkan oleh maksu sis kepada sis. Target sis cukuplah untuk buat kudap-kudapan seisi keluarga kecil kami. Kata maksu, resepi ini adalah dari ibu mertuanya yang berasal dari Johor.
Ingin sis ingatkan bahawa resepi ini donutnya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Makan gitu tanpa gula pun dah cukup menyelerakan.
Yang teringin nak belajar resepi donut mudah dan sedap ni, berikut sis kongsikan resepinya. Memang mudah sahaja!
Resepi Donut Mudah, Sedap dan Lembut
Bahan-bahan:
Mauripan -1 sudu makan
Telur - sebiji
Gula -3 sudu makan
Susu Pekat Manis - 1 Sudu
Planta - 1 sudu makan
Garam - Secukup Rasa
Tepung Gandum - 3 Cawan
Sedikit air
Cara-cara Membuat Resepi Donut Mudah & Ringkas:
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas.
2. Gaul sebati kesemua bahan sambil tambah air sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati dan pastikan tepung tidak terlalu cair atau melekat di tangan.
4. Bentukkan bulat lalu tutup tepung sebentar dengan kain lembap/ bekas biasa pun tak apa.
5. Tunggu Selama 30 minit sehingga tepung naik.
6. Sedia dibentukkan bulat-bulat seperti donut samada menggunakan tangan mahupun acuan. Sis bentuk guna tangan je even tak cantik.
7. Sedia digoreng dan dihidangkan.
Nak Buat Frozen?
Okay, bagi yang nak buat frozen donut pun boleh k.
1) Lepas dibentukkan, goreng sekejap dan cepat-cepat angkat sebelum donut tersebut kekuningan.
2) Then simpan di dalam peti sejuk.
3) Bila-bila nak makan, keluarkan, goreng panas-panas dan sedia dihidang.
Sekian sahaja resepi dari sis. Semoga mendapat hasil yang diinginkan.
Good Luck!
biasa aduan mcmni, akak bt bulat2 n cicah ngn sambal merah heheheh...
ReplyDeleteowh sadap tu kak. hihi
Delete