Seperti yang kita tahu, Lemak Cili Api merupakan salah satu menu signature orang Negori, jadi macam mana pula jika ia dimasak dengan selera Melaka? Sebenarnya tidak jauh beza pun masakan antara orang Negori dan Melaka yang mengamalkan adat pepatih.
Okay, so berikut sis kongsikan resepi mudah lemak cili api yang dimasak dengan selera orang Melaka.
Resepi Lemak Cili Padi Ikan Parang Selera Melaka
Resepi Lemak Cili Padi Ikan Parang Selera Melaka |
Bahan-bahan Blend:
Cili Padi - 6-7 biji
Halia - Seulas Kecil
kunyit serbuk sesudu kecil
Serai - Sebiji dipotong kecil
sedikit air
Bahan-Bahan
Beberapa Bahagian Ikan Parang
Asam Keping - 1 Keping
Santan- Sekotak
Air- Dua Cawan
Daun Kunyit - Sehelai & Diikat
Garam Secukup Rasa
Gula (Ikut Selera Nak Letak Atau Tak Letak)
Serbuk Perasa
Peria Katak - 2-3 biji dipotong serong
Cara-cara Membuat Lemak Cili Padi Ikan Parang :-
1) Mula-mula kisar semua bahan blend dan ketepikan dahulu.
2) Nyalakan api, masukkan semua bahan blend dan masukkan santan sekotak sambil kacau rata.
3) Terus masukkan asam keping , air dua cawan dan daun kunyit. Biarkan Menggelegak.
4)Selepas menggelegak masukkan ikan dan kacau perlahan-lahan sehingga ikan masak.
5. Masukkan sayur peria katak yang telah dipotong. Biarkan seketika.
6. Tutup api dan sedia dihidang.
Okay, sekian sahaja perkongsian ini. Selamat mencuba! Dan semoga bermanfaat!
Rasa pedas dan sedap
ReplyDelete