Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap Macam Kedai Tom Yam


Assalamualaikum & Hi Semua!

Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap Macam Kedai Tom Yam



Resepi Paprik Ayam Sedap Macam Kedai Tom Yam | Biasa kita makan paprik sedap masam-masam manis pedas hanya boleh dapat di kedai Tom Yam je kan? Haa.. kali ni dun wurry. Boleh try buat sendiri tau. 

Susah ke? Ha.. tidak lah. Senang je tau. Siapa kata perempuan belajar tinggi-tinggi tak pandai masak? Sis ni lepas kahwin barulah start belajar masak. Masak nasik pun suami yang ajar tau. Then, start masak macam-macam lauk pun lepas ambik resepi dari ummi dan mak-mak sedara sis. 

Resepi paprik ni pula dari maksu sis. Orang kata ilmu kalau nak berkat perlu berkongsi. Jadi, sis kongsikan di sini buat yang berminat nak cuba paprik sedap macam kedai tomyam ni. hehe.



Resepi Paprik Ayam Sedap Seolah-olah Macam Kedai Tom Yam




Bahan-bahan

Dada ayam - 2-3 keping dipotong dadu
Lobak Merah (Dipotong ikut kreativiti masing-masing)
Kubis Bunga - ikutlah
Lada benggala - 1/2 biji dipotong panjang2
Daun Limau Purut - 2 Pieces dikoyak sedikit
Cili Kering - Segenggam (Blender)
Bawang putih - 5 ulas (Potong halus)
Bawang Merah- Sebiji (Potong dadu)
Halia - Seuras jari (tumbuk)
Limau kasturi - 3-5 biji
Kicap -Sesudu
Sos Tiram - 4 Sudu
Cili blender 
Serai - diketuk

Cara-caranya :-


1) Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia bersama cili blender sehingga naik bau.


2)Masukkan ayam dan sayur-sayuran


3) Letak air bagi menggelegak
4) Tambah kicap manis, sos tiram, air asam/perahan limau kasturi (lemon pun boleh)
5) Masukkan terus daun limau purut dan dikoyak-koyakkan


6) Masukkan serai yang telah diketuk.
7) Masukkan cili padi
8) Biarkan Menggelegak dan sedia dihidang.



Okay mudah je kan cara nak buat? Yang penting sedap dan boleh diubah ikut citarasa masing-masing. Seriously bila dah buat ni memang tak perlu cari kat kedai tom yam dah. Okay sekian sahaja dari sis. 
Semoga perkongsian ini bermanfaat & terima kasih sudi baca! =)

6 Comentarios

  1. Masuk blog nad,tengok terus teringat lama x masak paprik hii , kena plan masak yg ini la plak 😃

    ReplyDelete
  2. Yeay lepas ni tak perlu makan kat kedai dah kalau teringin menu paprik ni.. Thank you for sharing nad

    ReplyDelete
  3. favorite kak ana sekeluarga ni. selalu masak masa bulan puasa sebab senang dan cepat. hehe

    ReplyDelete
  4. Makanan favourite mama Ni baru tadi makan

    ReplyDelete
  5. mudah caranya, daun limau tu yg bg bau dia tu sgt2 menarik tuh...

    ReplyDelete