Tips dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas - Nadhie Wueen

Saturday, 9 February 2019

Tips dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas


Assalamualaikum & Hi Semua!

Tips dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas
Credit Image : American Heart Association


Betulke? Betul ke ada tips dan cara mudah nak turunkan berat badan bagi orang malas? Ha.. siapa yang malas kat sini angkat tangan? Hee.. tak baik malas tau. Camne pun kena rajen. Okay, malas yang sis maksudkan kat sini ialah malas bersenam. Ramai kan yang camni.. kan kan.

Jika sudah malas bersenam, nampaknya inisiatif lain harus diambil. Iaitu seperti yang sis kongsikan di bawah. Jangan malas nak buat pulak ya sebab tips di bawah ni sememangnya sudah sangat-sangat senang bagi korang untuk ikut. Just kena istiqamah sahaja sehingga dapat melihat hasilnya. 



Tips dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas

credit image : Everyday Health

1. Minum Banyak Air

Selain daripada banyak manfaatnya, perbanyakkan minum air dapat membuatkan badan kita mudah membuang toksik dan mengelakkan kita daripada cepat berasa lapar. Namun, haruslah berpada-pada dan jangan sehingga terlebih-lebih pula.


2. Tumpukan Perhatian Pada Makanan Anda

Fokus! Fokus! Fokus ! Kepada makanan anda. Jangan buat perkara lain seperti bermain telefon, menonton televisyen dan sebagainya. Kerana secara tak sedar anda akan makan dengan banyaknya kerana fokus anda yang tidak terletak pada makanan. Fokus pada makanan anda membuatkan psikologi anda merasa kenyang pada waktu yang tepat. 


3. Guna Piring Kecil Dan Makan Menggunakan Chopstick

Piring yang kecil dan chopstick akan membuatkan anda berasa seolah-olah telah memakan dengan kuantiti yang banyak. Penggunaan chopstick juga secara tidak langsung memperlahankan suapan anda sekaligus memberi rasa kenyang dengan cepat. Atau pun sudu kecil bagi yang tidak biasa menggunakan chopstick


4. Tidur lebih lama

Bukan gurauan . kerana tidur lebih lama atau tidur nyenyak akan membuatkan anda kurang makan dan akan memastikan metabolisma anda berada dalam keadaan baik. Jangan tidak sedar yang tidur mencukupi juga dapat membuatkan badan anda membakar kalori. Jika tidak percaya, silalah bertanya sendiri dengan coach terkenal, Kevin Zahri. Namun, usahlah sehingga terlebih tidur pulak ya. 


5. Tidur Dalam Sejuk

Ada satu kajian menyatakan , tidur di dalam sejuk kira-kira 66'F akan membuatkan badan membakar lebih banyak kalori bagi memastikan temperature pada tubuh badan anda maintain pada 98'F. 15 menit di dalam sejuk bersamaan sejam bersenam. Kerana kesejukan membuatkan tubuh kita cuba memanaskan badan dengan sendirinya dan tanpa disedari membantu pembakaran kalori.


6. Elakkan Minuman Manis

Jika sudah terbiasa meminum manis setiap hari, haruslah dikurangkan sedikit demi sedikit terlebih dahulu dan kemudian mengelakkan terus meminum minuman manis itu. Jika teringin, buat cheatday atau minum sahaja pada hari-hari tertentu seperti di Hari Raya, Majlis Rumah Terbuka dan sebagainya.


7. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Hijau

Salah satu tips lain adalah dengan memperbanyakkan pengambilan sayuran hijau. Selain daripada berkhasiat, pengambilan sayuran hijau yang mengandungi fibre yang tinggi dapat melancarkan proses metabolisma dan membuatkan anda juga kenyang dengan lebih cepat. 



8. Minum Air Setengah Jam Selepas Atau Sebelum Makan

Okay, please sangat jangan makan sambil selang seli minum air okay? Kerana ia sangatlah tidak bagus. Selain mengganggu sistem penghadaman , ia juga akan membuatkan perut menjadi buncit. haaa.. nak perut rata tak? Jangan buat k.


9. Elakkan Makanan Berproses!

Selain dari sangat-sangat tidak sihat, kandungan proses food yang biasanya mempunyai Trans-Fat membuatkan anda sukar untuk kurus dan lemak tepu berkumpul di dalam badan . Selain daripada mengemukkan, lemak tepu juga sangat-sangat tidak bagus untuk kesihatan kerana paras kolestrol yang tinggi dan bermacam lagi!


10. Makan dan Kunyak Perlahan-lahan

Samadah makan mahupun minum, lakukan secara berhemah seperti yang disarankan sunnah nabi. Contohnya mengunyah sebanyak 44 kali. Mengunyah mahupun makan secara perlahan membuatkan kita cepat merasa kenyang dan lambat untuk lapar. 


Orait, sekian sahaja tips dari sis. 
Tips-tips ni semua hanyalah pengetahuan peribadi sis yang sis amalkan untuk maintain kan berat badan. Semoga sama-sama kita dapat amalkan dan tiada lagi alasan. Semoga bermanfaat!



2 comments:

  1. tidur dalam sejuk pasti buat perut lapar..huhu

    ReplyDelete
  2. hihi iols le tu golongan nak kurus tapi malas.. akan ku cuba tips2 ini =D

    ReplyDelete