Mermaid Alive Kini Di Sunway Lagoon! | Aktiviti Best Cuti Sekolah Apa rasanya apabila berjumpa dengan mermaid (ikan duyung) di alam realiti? Bagaimana pula perasaannya? Dan boleh ke kita cuba-cuba menjadi mermaid? Haa.. jangan risau! Peluang itu kini boleh dirasai apabila anda datang ke Sunway Lagoon sempena cuti sekolah ini! Mermaids - separuh manusia, separuh daripada makhluk laut - telah menarik perhatian orang selama berabad-abad dan memberi inspirasi kepada banyak "penampakan." Disebabkan itu, Nadhie dan adik-adik tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman tersebut sempena cuti sekolah ini, bermula 23 Mac hingga 31 Mac 2019 . Tak banyak masa dah! Aktiviti Best di Mermaid Alive Sunway Lagoon Merasai Pengalaman Jadi Ikan Duyung! Selain berpeluang berjumpa ikan duyung, pelawat juga boleh menantikan semua aktiviti berkaitan mermazing, termasuk Meet & Greet dengan Mermaids, Makeover Mermaids, dan Berenang dengan