Halatuju Dan Aktiviti Pelajar Selepas Habis Peperiksaan SPM , STPM 2018 - Nadhie Wueen

Friday, 15 March 2019

Halatuju Dan Aktiviti Pelajar Selepas Habis Peperiksaan SPM , STPM 2018


Assalamualaikum & Hi Semua!

credit image


Keputusan Peperiksaan STPM telah lama keluar sejak Februari yang lalu, manakala keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018 baru sahaja diumumkan pada semalam, 14 March 2019.  Salah seorang yang menduduki peperiksaan SPM  tersebut termasuklah adik ipar sis. Alhamdulillah tahniah kerana mendapat 7A dan semoga bertambah cemerlang pada masa akan datang. Amin

Habis sudah mendapat result, selesai sudah debaran pelajar, ibu bapa dan orang sekeliling, kini apa pula halatuju pelajar selepas SPM? Samada bagi yang cemerlang, sederhana mahupun kurang cemerlang. Pada yang mendapat result sederhana mahupun kurang cemerlang, usahlah bersedih kerana jalan sentiasa ada. Korang masih terlalu muda untuk berputus asa mahupun mengalah. Teruskan melangkah dan buatlah yang terbaik.


Aktiviti Pelajar Selepas Habis Peperiksaan SPM & STPM 2018

Halatuju Dan Aktiviti Pelajar Selepas Habis Peperiksaan SPM , STPM 2018

Selepas peperiksaan SPM mahupun STPM ni sementara nak tunggu dapat sambung belajar mana-mana, pasti bosan kan? Jadi apa agaknya yang korang boleh lakukan selepas SPM? Apa nak buat selepas SPM? Jom sis kongsikan.

1) Cari Kerja Part Time

Mencari pengalaman bekerja merupakan salah satu perkara yang bagus untuk dilakukan selepas habis peperiksaan. Pengalaman kerja ni penting at least dapat mendedahkan adik-adik pada suasana bekerja. Selain dapat pengalaman dan mengumpul soft skills, pelajar juga boleh mengumpul income sendiri. Ye tak?


2) Berniaga Atas Talian (Online)

Selain bekerja sambilan, pekerjaan lain yang boleh dipilih oleh pelajar sementara menunggu sambung pengajian adalah dengan cara berniaga online. Apa yang bagusnya berniaga atas talian ni? Masa anda bukan sahaja lebih fleksibel, namun anda juga berpeluang untuk memperolehi pengalaman berharga dan pendapatan sendiri.  


3) Mengembara dan Terokai Dunia Luar

Masa yang ada boleh juga digunakan untuk mengembara dan menerokai dunia luar. Dimana sedikit sebanyak adik-adik dapat belajar mengenai selok-belok dan adat budaya negara lain. Bila lagi nak travel kan kalau bukan time banyak masa lapang.



4) Mengikuti Kelas Tajwid & Pengajian Al-Quran

Pelajar lepasan sekolah biasanya masih lemah dalam bab-bab tajwid dan hukum-hakam. Oleh itu, gunakan lah peluang dan masa yang ada untuk mengikuti kelas tajwid, tadarus Al-Quran, pengajian Al-Quran dan sebagainya. Letakkan target yang anda mahu berjaya di dunia mahupun akhirat.


5) Mengikuti Kem Motivasi & Jati Diri

Selain dari aktiviti di atas, adik-adik juga boleh mencari peluang untuk menambah motivasi dan keyakinan diri dengan mengikuti kem motivasi dan jati diri. 


6) Belajar Bahasa Baru!

Ya, masa bila kan nak belajar semua bahasa ni? Arab, Mandarin, Korea, Jepun, French merupakan antara bahasa yang patut anda pelajari. Pilih salah satu bahasa yang paling adik-adik minati dan letakkan target untuk menguasainya pada tarikh tertentu.



7) Kuasai Kemahiran Baru Memasak , Menjahit

Ha... mempunyai kemahiran sendiri pun penting tau! Bagi yang perempuan boleh cuba kemahiran memasak, menjahit dan sebagainya. Lagi-lagi semua kemahiran ni sangat crucial pada masa sekarang. Buktikan yang meskipun anda belajar tinggi-tinggi , namun anda masih berbakat bila masuk dapur! Ha.. lelaki pula masa ni lah nak belajar berkebun , repair laptop dan sebagainya.


8) Masuk Kelas Seni Pertahanan Diri Seperti Silat , Taekwando

Tak pandai silat? Tak pandai taekwando mahupun apa-apa jenis seni pertahanan diri? Ha, gunakan masa yang terluang ini untuk menguasai seni mempertahankan diri. Ia bukan sahaja bermanfaat buat tubuh badan anda, malah juga pada masa akan datang.


9) Belajar Berenang

Ya belajar berenang! Kalau selama ini anda tidak pernah pandai berenang, jadikan masa yang ada merupakan peluang untuk anda pelajari sesuatu yang baru! Berenang bukan sahaja merupakan sukan yang penting untuk keselamatan diri, malah ia juga sangat menyihatkan badan!


10) Ambil Lesen Memandu

Ya, masa yang paling sesuai untuk anda mengambil lesen memandu adalah sekarang! Kerana ia bukan sahaja memudahkan anda untuk bergerak ke mana-mana sahaja, tetapi selepas ini anda juga tidak perlu lagi bergantung pada orang lain untuk ke sesuatu tempat. 



Okay sekian sahaja dari sis. Aktiviti-aktiviti di atas cumalah satu panduan buat anda untuk memenuhi masa lapang selepas habis peperiksaan. Carilah yang paling sesuai untuk anda dan buatlah pilihan yang terbaik. Jangan lupa letakkan target ya! Okay sekian sahaja dari sis.

 Semoga perkongsian ini bermanfaat!





2 comments:

  1. Niece Mrs. A adalah salah seorang yang ambil result SPM semalam.
    Alhamdulillah keputusannya baik buat masa ni dia kerja kat KFC :-)

    ReplyDelete
  2. selalunya ramai yg kerja part time boleh la bt duit belanja kan sementara tunggu dpt panggilan ke mana2...

    teringat akak dulu sementara tunggu result sempat la kerja kilang beberapa bulan...

    ReplyDelete