Skip to main content

Rahsia Cantik, Langsing dan Awet Muda Rozita Che Wan



Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta terkenal dengan tubuh yang langsing dan wajah yang awet muda. Meskipun anak-anak lelakinya sudah pun bujang, Che Ta masih kekal cantik dalam usia pertengahan 40 tahun. Jadi apa rahsianya?

Pernah sis dengar dalam satu bual bicara di TV, Che Ta akan mengelakkan makanan yang bukan dikategori sebagai 'Whole Food' . Apa maksud bukan whole food? Maksudnya seperti Mee, bihun. Whole Food pula adalah makanan sebenar seperti nasi , daging, ayam dan ikan. Selain itu, dia juga sukakan lauk orang berpantang. 


Petua Kurus dan Langsing Che Ta




Delima
Buah Beri
Asam Keping
Epal Hijau
Kurma

Cara-caranya:-
1. Rebus asam keping terlebih dahulu
2.Kisarkan bahan-bahan lain dengan air secukupnya.
3. Tuangkan air asam jawa yang direbus
4. Kisar Sebati dan sedia di minum

Menurut Che Ta, kurma membekalkan tenaga dalam badan. Manakala asam keping membuang lemak di dalam badan dan epal hijau pula membuang toksin. 





Petua Buang Angin

Petua di bawah pula dikongsikan oleh ibu Che Ta
1) Ambil telur ayam sebaiknya telur ayam kampung, campurkan dengan lada hitam, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat. 
2) Goreng tanpa minyak dan makan dengan nasi.




Bual Bicara Rahsia Cantik, Langsing dan Awet Muda Che Ta

Di bawah ini pula merupakan bual bicara yang telah dijalankan Che Ta bersama pihak Eh! yang turut sis kongsikan.

Rahsia anda untuk kekal tampak muda?
Sentiasa menghargai kecantikan dan jangan pernah dengki pada kecantikan orang, ia akan terserlah pada wajah.

Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Bulu mata palsu, bedak dan gincu. Kalau tidak bersolek saya kenakan gincu saja.

Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut?
Mungkin ada sebarang petua tradisi? Kalau mahu elakkan rambut beruban, mandi badan terlebih dahulu, biar badan terasa sejuk kemudian baru basahkan kepala.

Anda mengamalkan sebarang diet?
Tidak. Saya makan seperti biasa. Apabila berat badan mulai naik, saya akan kurangkan. Contoh seperti makan nasi tiga kali sehari saya akan kurangkan mungkin sekali atau dua kali sahaja. Namun ketika mengandung saya makan nasi lima kali sehari!

Anda mengamalkan sebarang amalan tertentu dalam mendapatkan bentuk badan yang lebih langsing seperti pemakaian bengkung atau girdle?
Tidak, saya amalkan sit ups untuk perut kekal kempis.

Bagaimana anda berpantang untuk mengekalkan tubuh badan cantik?
Dahulu sewaktu berpantang mak saya memang betul-betul jaga. Dia akan pastikan kipas dan penyaman udara tidak dipasang jadi suasana bilik seperti sauna. Kemudian saya akan minum jus prun, bertungku dua kali sehari. Makan ikan masin, hati
masak lada hitam, ikan bilis dan buah epal.

Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?
Siang saya amalkan penjagaan asas seperti mencuci, menyegar, serum dan krim siang. Malam pula cukup sekadar mencuci, serum dan krim malam. Jika rajin saya akan memakai peel off mask.

Cara atau petua tradisi menjaga kulit yang pernah dicuba dan anda rasakan ia berkesan?
Lepas cuci wajah, lap wajah dengan tisu bukan dengan kain. Kemudian saya selalu letakkan kuning telur pada kapas dan tekap pada wajah sebagai pupur.




SUMBER : Eh! , Instagram Che Ta


Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. wow patut la che ta awet muda..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda