Masakan Bonda Kembali di Ramadhan 2019 @Dorsett Kuala Lumpur


Assalamualaikum & Hi Semua!



Tidak lama lagi ramadhan 2019 bakal menjelma. Sudah persiapkan diri mental dan fizikal untuk menghadapi ramadhan yang bakal tiba ini? Dan setiap kali ramadhan, kita pasti akan merindukan masakan-masakan bercitarasa kampung. Terutamanya masakan mak bukan? :)

Namun, kesibukan bekerja membuatkan kesukaran untuk pulang ke kampung setiap kali ramadhan. Pun begitu, usah risau kerana meskipun anda tidak lagi di kampung, anda masih lagi berpeluang untuk merasa pelbagai juadah masakan tradisional yang boleh di dapati di Dorsett Hotel Kuala Lumpur.

Mahal ke makan kat hotel ni? Tidaklah. Bagi sis ianya sangat berbaloi dengan jumlah pilihan makanan yang banyak dan lazat-lazat semuanya.




 Masakan Bonda Kembali di Ramadhan 2019 @Dorsett Kuala Lumpur


Lebih dari 100 Menu Citarasa Kampung

Diantara menu-menu istimewa citarasa kampung terdiri daripada 'Daging salai masak lemak cili padi Negeri Sembilan, kari kepala ikan Pulau Pinang, Sambal bilis tempoyak petai Perak, Udang masak kailo Melaka, ayam masak tomato Kedah dan banyak lagi. Antara yang istimewa adalah daging salai dimasak bersama kelapa puri dan kambing panggang.













Ulam-ulaman Dan Hidangan Kampung Yang Memikat Selera

Nak ulam? Sambal belacan? Jangan tak percaya Dorsett KL turut menyediakan sajian ulaman dan sambal cecah yang pelbagai. Antaranya ialah budu, air asam , sambal belacan dan banyak lagi. Memang memikat selera.







Pelbagai Manisan Istimewa

Dari manisan tradisi seperti kuih-muih traditional sehinggalah ke barat seperti kek, muffin, macaroni dan lain-lain. Manakala diantara kuih traditional yang dihidangkan termasuklah kuih seri muka, kuih buah melaka, dan banyak lagi!













Harga Buffet Yang Berbaloi-Baloi

Selain menyajikan suasana yang selesa dan keindahan panorama kota metropolitan, sajian yang dihidangkan pun cukup menyelerakan membuatkan ia sangat setimpal dengan harga yang ditawarkan. Harga hanyalah RM98.00 bagi dewasa, manakala tawaran 30% diskaun bagi kanak-kanak bawah 11 tahun dan warga emas lebih 60 tahun.





Early Bird Voucher RM88 nett








Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi:

Website:
www.dorsettbooking.com/ramadhan-kl.php

Call:
+603 27161010

Email:
info.kualalumpur@dorsetthotels.com






5 Comentarios

  1. BANYAK PILIHAN SEDAPNYA JAMU SELERA

    ReplyDelete
  2. alahai, tak mampu nengok makanan sedap2 nih... menggoda mata menggoda perut betul lah

    ReplyDelete
  3. adoi menuuuu kenyang perut dah tengok huu ,, kerabu tu sodapp

    ReplyDelete
  4. Semua nampak menyelerakan.. Dessert tuu aduh aduh 😂

    ReplyDelete
  5. ya Allah tengok makanan2 tu sedap semuanya =D

    ReplyDelete