Skip to main content

Sambutan Ulang Tahun Chakri Palace Yang ke-20, Dorsett Hartamas



Baru-baru ini, sis telah menerima jemputan dari pihak Chakri Palace sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20 dan bertempat di Level 27, Dorsett Hartamas. 

Merupakan kali pertama pergi ke Dorsett Hartamas, perjalanan terasa agak jauh juga dari rumah. Mula-mula terasa sedikit berat hati nak pergi mengenangkan perjalanan yang agak jauh dari rumah dan agak memakan masa. 

Namun, disebabkan adik sis beriya-iya sangat mengajak, sis pun terus menerima jemputan tersebut. Bila dah sampai, ia merupakan salah satu pengalaman yang bermakna buat sis. Permandangan di sini sangat cantik, manakala hidangan makanan pula agak lazat. 

Bagi yang belum mengenali Chakri Palace, di bawah ini akan sis kongsikan sedikit sebanyak info tentang restoren terkemuka ini. 


Sambutan Ulang Tahun Chakri Palace Yang ke-20 , Dorsett Hartamas

Bermula di KLCC sejak Tahun 1999

Sejak tahun 1999, nama Chakri Palace telah sinonim dengan Royal Thai Cuisine di KL. Dan mulai hari itu, ia memulakan operasi di Suria KLCC sehinggalah restoran itu telah berkembang pesat. Dan kini dengan bangganya meraikan Ulang Tahun ke-20. 

Kata pihak Chakri Palace, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ia kekal sebagai satu-satunya daripada dua kedai F&B yang masih bersisa di Aras 4 KLCC.  




Penampilan Istimewa Chef Selebriti Mc Dang

Chakri Palace turut meraikan Ulang Tahun ke-20 dengan memberi penghargaan kepada pelanggan VIP & setia mereka yang telah menyokong mereka selama ini. Secara tak langsung dapat menjadi tetamu kehormat Chef selebriti Mc Dang yang datang dari Thailand untuk menghadiri acara ini. Beliau adalah Royalti Thai dari Dinasti Chakri. 

Beliau juga merupakan penulis banyak buku masakan dan merupakan tetamu selebriti di pelbagai program TV antarabangsa. 

Chef selebriti Mc Dang berasa terinspirasi dengan budaya dan masakan Thai untuk membuat yang terbaik dalam menyediakan hidangan Thai. 

Beliau juga telah memenangi pujian daripada pengkritik-pengkritik makanan dari seluruh dunia.





Pelancaran Beberapa Hidangan Istimewa

Chakri Palace melancarkan hidangan menu ulang tahun ke-20 mereka yang termasuk Canadian Oysters, Mieng Kham Scallop, Papaya Mango Salad with catfish, Tomyam Seafood coconut & River Prawns with pastry sauce.

Antara menu lain pula ialah Southern prawns with Petai, Grilled salmon with red curry sauce, lobster with three-flavored sauce, Green crab meat curry with rice noodles & the Mango Sticky Rice Duo dessert with ruby ​​red chestnut.







Menang Cabutan Bertuah Ketika di Event

Acara utama majlis ini termasuk ucapan oleh Pengarah Urusan dan Pengasas Datuk Seri Garry Chua yang juga presiden MRCA. Beliau memberi penghormatan kepada pusat membeli-belah yang menjadi rakan kongsinya dan juga pelanggan dari sektor korporat seperti pasukan PETRONAS, Maxis, Suria KLCC selama bertahun-tahun. 

Selepas memotong kek dan roti bakar, para tetamu diberi kejutan lain kerana terdapat banyak pusingan hadiah cabutan bertuah dan baucer tunai berjumlah RM2000 bakal diberikan. 

Terkejut kami, kerana semasa tengah menikmati hidangan yang lazat dan tidak fokus, tiba-tiba nama dipanggil kerana memenangi cabutan bertuah pula.



Goodies Berupa T-Shirt & Voucher Early Bird Ramadhan Kepada Tetamu

Antara goodies yang kami perolehi adalah T-shirt Ke-20 Chakri Palace dan voucher bufet Ramadhan percuma untuk dua orang dan juga voucher makanan untuk ke semua outlet di bawah Chakri. 

Chakri Palace juga telah membuktikan bahawa ia adalah satu-satunya jenama yang memberi komitmen & kecemerlangan dalam menjaga kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. 

Suka untuk sis katakan di sini yang rasa makanannya sememangnya sangat lazat walaupun mereka tidak menggunakan perasa tambahan dalam masakan. Sebaliknya menggunakan ramuan asli seperti serai, limau dan sebagainya sahaja. Ajaib betul bagaimana rasanya begitu sedap tanpa MSG, gula dan garam?

Pasukan chefnya terdiri daripada Thailand dan ramai yang telah bersama dengan syarikat itu sejak awal. Keteguhan dan kesetiaan adalah dua kata kunci yang menjadi amalan mereka dan merupakan penyumbang kuat kepada kejayaan Chakri.


Antara Cawangan Chakri Palace

Cawangan utama terletak di Suria KLCC manakala outlet kedua mereka terletak di Level 4, Pavilion KL dan outlet terakhirnya yang dibuka pada 29hb Disember 2018 iaitu The Iconic Rooftop dengan Million Dollar View yang terletak di Tingkat 27 Dorsett Hotel Hartamas ini.


Waktu operasi adalah setiap hari dari 10 pagi - 10 malam. Restoran ini juga mempunyai ruang eksterior yang luas dan bilik VIP yang sesuai untuk sebarang pesta mahupun acara berkumpulan. 


Tempahan boleh dibuat di:-
03- 26021031 (Dorsett Hartamas) / 
03-23827788 (KLCC) / 
03-21431141 (Pavilion)


Comments

  1. TAHNIAH MERIAH MAJLIS ULANG TAHUNNYA MOGA SEMAKIN SUKSES

    ReplyDelete
  2. Nampak mewah makanan2 yang diperkenalkan tu. Mesti sedap kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda