Resepi Ayam Rempah Special Sedap dan Mudah! - Nadhie Wueen

Wednesday, 22 May 2019

Resepi Ayam Rempah Special Sedap dan Mudah!



Assalamualaikum & Hi Semua!

Resepi Ayam Rempah Special Sedap dan Mudah!


Salam ramadhan & salam nuzul quran semua! Semoga happy selalu. Pada bulan ramadhan ni mesti macam-macam resepi nak buat kan? Samalah macam sis. Baru-baru ni sis baru bereksperimen dengan membuat resepi ayam rempah special yang sangat mudah dan ringkas tau. Yang baru nak belajar masak pun boleh cuba sebab memang sangat-sangat mudah.

Lepas buat ni tak sangka husband sis pun selalu repeat order. So, memang kena selalu buat lah jawabnya kan . XD Okay, bagi yang nak mencuba, boleh try resepi ni.




Resepi Ayam Rempah Special Sedap dan Mudah!


Bahan-bahan

Ayam mentah - 10 ketul (Potong ikut citarasa masing-masing)
Serbuk kunyit -1 sudu kecil
Kiub pati ayam - 1 ketul
Pes rendang ayam segera - 2 sudu makan
Tepung jagung - 2 sudu makan
Kicap Manis - 2 sudu makan
daun kari- beberapa helai
Serai - Di blend halus bersama sedikit air



Cara-cara Membuat

1. Masukkan ayam mentah yang telah siap dibersihkan dan disiang ke dalam satu bekas, gaulkan dengan kunyit. 

2. Masukkan pes rendang ayam, kicap manis, tepung jagung dan gaulkan sebati.

3. Pecahkan kiub pati ayam dengan jari dan taburkan pada gaulan tadi.

4. Masukkan serai yang telah di blend, daun kari dan gaul kesemuanya. 

5. Perapkan sebentar di dalam peti sejuk, selama lebih kurang 10-20 min. Lagi lama perap lagi sedap.

6. Sedia di goreng. Panaskan minyak dan goreng dalam 'deep fry'. 

7. Sedia dihidang!



7 comments:

  1. Sedapnyaaaa...terus akak lapar

    ReplyDelete
  2. Mudahnya cara Nadhie buat..nanti nak try jugalah

    ReplyDelete
  3. mesti semerbak baunya lagi2 ada serai tuh

    ReplyDelete
  4. uniknya ada letak pes rendang eh nad.. boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum haii terima kasih berkongsi resepi ^^

    https://ailya-saffaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Rempah tu sedap sgt..buat mkn mcm keropok hehe

    ReplyDelete
  7. anak2 saya memang suka ayam berempah. boleh la pasni try buat resepi ni lak ^_^

    ReplyDelete