Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Review Buku Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0

Sifat tawaduk, keterampilan dan penyerahan diri pada Allah di saat-saat genting benar-benar membuatkan sis kagum dengan cara mereka. Tugas mereka mencabar. Selain daripada menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dan berfikiran kritis ketika menyelesaikan sesuatu masalah, mereka jua turut berkorban masa, tenaga, waktu makan, rehat dan tidur ketika berusaha menyelamatkan nyawa pesakit.  Seperti yang kita tahu kerjaya seorang doktor benar-benar mencabar kerana ia bukan sahaja menuntut kekuatan mental, kebijaksanaan akal fikiran malah ketahanan fizikal juga. Kerjaya mereka mulia. Seumpama beramal jariah dan besar pahalanya di sisi Allah.  Oleh itu, jika bertemu dengan doktor-doktor di luar sana yang sedang tekun menjalankan tugas, oncall   yang berhari-hari muka yang sama sahaja terpacak di Hospital, maka berilah kata-kata sokongan dan permudahkan urusan mereka juga. Mereka juga insan biasa yang punyai emosi dan harus dilayan sewajarnya. Mereka juga punyai keluarga

Tempat Menarik Melaka | Apa Yang Best di Encore Melaka?

Selesai segala urusan FYP, final exam dan lain-lain, terasa bagai mahu merehatkan minda sebentar. Lari dari kesibukan aktiviti harian. Dalam fikiran sis tercari-cari jika ada mana-mana tempat menarik yang tidak terlalu jauh untuk dikunjungi dan punyai aktiviti yang santai. Lantas, sis terbayangkan Encore Melaka, iaitu sebuah tempat yang merupakan satu tarikan baru di Melaka. Sis tahu tentang Encore Melaka ni pun secara kebetulan. Sebab pernah menyertai program ' Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 ' sebelum ini. Boleh Baca Dekat Sini:- Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 | Hari Muzium Kebangsaan Tourism Malaysia Media Challenge 2.0| Sejarah & Warisan Melayu Tourism Malaysia Media Challenge 2.0 | Syurga Buah-Buahan Disebabkan punyai elemen yang santai dan beserta persembahan teater yang berteknologi tinggi, Encore Melaka menjadi tempat yang ingin sis kunjungi sekali lagi, tetapi kali ini bersama suami, insan yang sis kasihi. Hehe. Nak

Review Filem: Aladdin 2019

Pantang ada masa terluang, kami suami isteri pasti akan meluangkan sedikit masa bersama untuk ke panggung wayang. Asal ada sahaja filem-filem menarik, kami tidak akan lepaskan peluang untuk menontonnya. Salah satu filem yang kami tonton baru-baru ini adalah filem Aladdin ni.  Masa filem ni baru-baru keluar lagi, tak berlengah terus pergi tengok. Macam biasa di antara genre filem yang menjadi kesukaan sis haruslah ada unsur-unsur fantasi, aksi dan sains fiksyen begitu. Kadang-kala cerita seram pun layan juga.  Mujurlah husband sis memang layan je mana-mana filem yang menjadi pilihan sis. Okay, bercakap pasal cerita Aladdin ni siapa yang tak kenal bukan? Cerita yang suatu ketika dahulu kami sama-sama pernah membesar dengannya. Tambahan lagi dengan lagu temanya yang cukup dikenali sebagai " The Arabian Night ".  Review Filem: Aladdin 2019 Sinopsis:  Jalan ceritanya mengisahkan tentang seorang budak miskin bernama Aladdin yang hidup sebagai pencuri

Happy 1000,000 Views!

Lama sudah Nadhie tidak menjenguk blog. Tahu-tahu paparan blog sudah pun mencecah angka yang ke 1000,000  lebih! Mungkin tidaklah sehebat blogger-blogger lain yang sudah pun mencecah puluh malahan ratusan juta pageviews , tetapi ini tetap merupakan satu pencapaian kecil untuk blog Nadhie setelah aktif berblogging sejak kira-kira hujung tahun 2016 yang lalu. Alhamdulillah.  Masih Nadhie ingati lagi, antara event pertama yang Nadhie pergi sebagai blogger adalah event Stadium Astro. Dekat sana, Nadhie mula mengenali blogger-blogger lain, team newspaper, pengamal media dari pelbagai platform dan banyak lagi.  Maaf lama tak berkesempatan nak update blog sebab Nadhie benar-benar sibuk dengan pelbagai urusan  di luar sana. Bagi yang hantar email or dm Nadhie untuk reviews dan sebagainya, maaf juga sebab tak dapat balas email-email anda. Jika ada rezeki dari segi masa dan kelapangan untuk aktif berblogging semula, akan Nadhie usahakan.  Apapun, sempena paparan blog Na