Review Movie : Aladdin 2019 - Nadhie Wueen

Thursday, 11 July 2019

Review Movie : Aladdin 2019


Assalamualaikum & Hi Semua!




Sis dengan suami memang kaki tengok movie. Pantang ada masa terluang, ada movie best je, kami ON je nak tengok kat mana-mana pawagam berdekatan. Cerita Aladdin ni ikutkan dah lama tengok , time hari movie tu keluar hari tu. Tapi baru ni sis sempat nak review. 

Macam biasa di antara genre yang menjadi favourite sis haruslah ada unsur-unsur fantasi , action, fairytales gitu.  Ahaks. Kadang-kadang cerita seram. Mujurlah husband memang layan je movie yang sis pilih. 

Okay , bercakap pasal cerita Aladdin ni siapa yang tak kenal bukan? Cerita yang suatu ketika dahulu kami sama-sama membesar dengannya. Tambah lagi dengan lagu temanya yang cukup dikenali iaitu "The Arabian Night". 


Review Movie : Aladdin 2019




Sinopsis : Jalan cerita mengisahkan tentang seorang budak miskin bernama Aladdin yang hidup sebagai pick pocket. Pada suatu hari Aladdin bertemu dengan seorang gadis yang pemurah dan cuba menyelamatkan gadis itu daripada diserang oleh seorang lelaki kaya yang kedekut.

Aladdin terhutang gelang yang dicuri monyetnya, Abu dari gadis yang dikenali sebagai dayang istana itu. Dia memutuskan untuk ke istana dan memulangkan gelang tersebut. Saat cuba menyelinap masuk ke istana, tanpa sengaja seorang ahli sihir jahat yang jua merupakan perdana menteri kerajaan Agrabah, Jaafar telah mengetahui tindak tanduk aladdin.

Jaafar berhajat untuk menggunakan Aladdin untuk mendapatkan sebuah lampu ajaib di dalam sebuah gua terpencil yang misteri. Aladdin sempat bertemu Puteri Jasmine yang disangka sebagai dayang istana, sebelum dia diculik oleh Jaafar.

Berjayakah Aladdin mendapatkan lampu ajaib? Apakah yang akan berlaku selepas itu? Semua itu akan anda ketahui bila menonton sendiri filem Aladdin ini. 

Review Sis : Jalan cerita sangat menarik dan penuh dengan magical. Sama macam expectation sis. Just yelah cerita keluaran disney tak sah kalau tak ada terlalu banyak unsur musical. Kadang-kala dirasakan agak mengganggu jalan ceritanya. So far keseluruhan okay dan menarik untuk di tonton!

Okay sekian sahaja review dari sis. Thank you sudi baca!

3 comments:

  1. byk movie aida terlepas.
    dari before ramadhan hingga la skang.
    aduhai.
    kena korek2 kat netflix or mana2.
    aida sgt minat kartun / movie disney.
    cantik. lagu sedap. menarik.

    ReplyDelete
  2. Nice movie really to watch.

    Take time also to browse over and join.

    https://viralmarket-share.com/?en=mayann01

    ReplyDelete
  3. Haaa...sis belum sempat nak heret anak2 tengok ceta ni. Thanks bagi review. Harap sempatla tengok.

    ReplyDelete