Skip to main content

Review Filem: Aladdin 2019




Pantang ada masa terluang, kami suami isteri pasti akan meluangkan sedikit masa bersama untuk ke panggung wayang. Asal ada sahaja filem-filem menarik, kami tidak akan lepaskan peluang untuk menontonnya. Salah satu filem yang kami tonton baru-baru ini adalah filem Aladdin ni.  Masa filem ni baru-baru keluar lagi, tak berlengah terus pergi tengok.


Macam biasa di antara genre filem yang menjadi kesukaan sis haruslah ada unsur-unsur fantasi, aksi dan sains fiksyen begitu. Kadang-kala cerita seram pun layan juga.  Mujurlah husband sis memang layan je mana-mana filem yang menjadi pilihan sis.


Okay, bercakap pasal cerita Aladdin ni siapa yang tak kenal bukan? Cerita yang suatu ketika dahulu kami sama-sama pernah membesar dengannya. Tambahan lagi dengan lagu temanya yang cukup dikenali sebagai "The Arabian Night". 


Review Filem: Aladdin 2019




Sinopsis: Jalan ceritanya mengisahkan tentang seorang budak miskin bernama Aladdin yang hidup sebagai pencuri. Pada suatu hari Aladdin bertemu dengan seorang gadis yang pemurah dan cuba menyelamatkan gadis itu daripada diserang oleh seorang lelaki kaya yang kedekut.


Aladdin terhutang gelang yang dicuri monyetnya, Abu dari gadis yang dikenali sebagai dayang istana itu. Dia memutuskan untuk kembali ke istana untuk memulangkan gelang tersebut. 


Saat cuba menyelinap masuk ke istana, tanpa sengaja seorang ahli sihir jahat yang jua merupakan perdana menteri kerajaan Agrabah, Jaafar telah mengetahui tindak tanduk aladdin.


Jaafar berhajat untuk menggunakan Aladdin untuk mendapatkan sebuah lampu ajaib di dalam sebuah gua terpencil yang misteri. Aladdin sempat bertemu Puteri Jasmine yang disangka sebagai dayang istana, sebelum dia diculik oleh Jaafar.


Berjayakah Aladdin mendapatkan lampu ajaib? Apakah yang akan berlaku selepas itu? Semua itu akan anda ketahui bila menonton sendiri filem Aladdin ini. 


Review Sis: Jalan cerita sangat menarik dan penuh dengan magis. Sama macam apa yang sis harapkan. Cuma iyalah, disebabkan filem ini bertemakan muzikal, bagi sis nyanyian yang terlalu banyak itu agak mengganggu jalan penceritaannya. Apapun, untuk keseluruhannya jalan cerita ini sangat okay dan menarik untuk di tonton!

Okay sekian sahaja review dari sis. Terima kasih sudi baca. 

Comments

  1. byk movie aida terlepas.
    dari before ramadhan hingga la skang.
    aduhai.
    kena korek2 kat netflix or mana2.
    aida sgt minat kartun / movie disney.
    cantik. lagu sedap. menarik.

    ReplyDelete
  2. Nice movie really to watch.

    Take time also to browse over and join.

    https://viralmarket-share.com/?en=mayann01

    ReplyDelete
  3. Haaa...sis belum sempat nak heret anak2 tengok ceta ni. Thanks bagi review. Harap sempatla tengok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda