Tempat Menarik Melaka | Apa Yang Best di Encore Melaka? - Nadhie Wueen

Friday, 12 July 2019

Tempat Menarik Melaka | Apa Yang Best di Encore Melaka?


Assalamualaikum & Hi Semua!



Selesai segala urusan FYP , final exam dan sebagainya, terasa bagai mahu merehatkan minda sebentar. Lari dari kesibukan aktiviti harian. Dalam fikiran sis tercari-cari jika ada mana-mana tempat menarik yang tidak terlalu jauh untuk dikunjungi dan punyai aktiviti yang santai.

Lantas, sis terbayangkan Encore Melaka, iaitu sebuah tempat yang merupakan satu tarikan baru di Melaka. Sis tahu tentang Encore Melaka ni pun secara kebetulan. Masa menyertai program 'Tourism Malaysia Media Challenge 2.0' sebelum ini.


Boleh Baca Dekat Sini:-




Disebabkan punyai elemen yang santai dan beserta persembahan teater yang berteknologi tinggi, Encore Melaka menjadi tempat yang ingin sis kunjungi sekali lagi, tetapi kali ini bersama insan yang dicintai gitu. Hihi.

Nak tahu macam mana persembahan teaternya berteknologi tinggi? Dan apa yang best sangat Encore Melaka ni kan? Jom, teruskan pembacaan.



Tempat Menarik Melaka | Ada Apa Dengan Encore Melaka?




Teknologi Yang Bergabung Dengan Alam Sekitar

Mengapa sis berkata begitu? Ini adalah kerana setiap bangunannya punyai teknologi tertentu. Dari segi luaran sehinggalah dalaman. Reka bentuk bangunannya yang berkonsepkan moden dan futuristik dan berhadapan dengan laut selat Melaka, menjadikan ia sebuah tempat yang sangat unik.

Bagi sis Encore Melaka seolah-olah memaparkan sebuah tempat menarik yang lain dari lain,  di mana teknologi digabungkan dengan alam sekitar. Sambil bersantai mengambil udara segar , sambil tu boleh menyaksikan sesuatu yang berteknologi tinggi.







Pementasan Teater Yang Unik & Punyai Efek Yang Luar Biasa

Kalau dah datang ke sini, sangat-sangat rugi kalau korang lepaskan peluang untuk menonton pementasan teater di Encore Melaka ni. Sebab apa? Sebab memang sangat-sangat unik. Tak macam pementasan pentas atau teater-teater yang biasa.

Kebanyakan scene yang berlaku adalah secara realistik. Contohnya ada satu part yang memaparkan babak air terjun yang turun mencurah-curah dari atas pentas. Dan ya ia adalah real di mana salah satu pentas di sini mempunyai teknologi seperti itu.

Selain itu, efek kabus dan buih sabun yang akan korang rasakan pun adalah real. Yang duduk seat depan mungkin akan turut merasai belon-belon buih yang berterbangan serta kabus-kabus yang terasa mengaburi mata.

Yang menariknya, tanpa penonton sedari tempat duduk penonton juga boleh bergerak sebanyak 360 darjah mengikut babak yang dipaparkan. Ha.. macam mana tu kan? Yang ni kenalah tengok sendiri.





7 Buah Kisah Teladan Yang Dipaparkan Secara Menarik

Bagi yang nak datang menonton persembahan teater dekat sini, antara kisah-kisah teladan yang boleh korang tonton adalah tentang sejarah kedatangan Parameswara ke Melaka, kisah pengembaraan Laksamana Cheng Ho ke Melaka, kewujudan Baba Nyonya & Perkahwinan Campur, kisah 6 orang ibu kepada seorang lelaki, kisah ibu hamil, Wau dan  penutupnya. 

Yang menariknya, ada kisah-kisah sejarah yang tidak sis ketahui. Bila menonton teater ni secara tak langsung dapat menambah info sis , tetapi dalam suasana yang menarik. Tak perlu buka buku sejarah dan sebagainya.





Harga Tiket Masuk ke Pementasan Teater Encore Melaka

Waktu menonton teater adalah setiap hari, dari Isnin ke Sabtu (5.30pm & 8.30pm) dan Ahad (2.30pm & 5.30pm). Untuk kategori tempat duduk pula, terdapat tempat duduk bagi VIP, Premium , Standard dan juga bagi yang menggunakan Wheelchair. Harga boleh dirujuk seperti di bawah:-

Harga Tiket Tayangan Encore Melaka

Standard : RM128 (MyKad) | RM148 (Internation Quest)
Premium : RM228 (MyKad) | RM248 (International Quest)
VIP : RM528(MyKad) | RM568 (International Quest)
Wheelchair: RM98 (MyKad) | RM98 (International Quest)


Bagi sis harga tiket ni memang berbaloi dengan apa yang korang akan tonton nanti. Memang puas hati gitu. Bagi yang nak beli ticket ni kat Shopee pun boleh kay! Just click je links ni https://bit.ly/2YkOWR8 dan korang guarantee akan dapat premium seat!


Okay sekian sahaja dari sis. Semoga info ini berguna. Bubye!


Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi:-

Website:-
Call:-
+6062707777






10 comments:

  1. Best ke sini.. Cantik sungguh suasana waktu sunset

    ReplyDelete
  2. WOW MENARIK PERSEMBAHAN TEATER DI SITU TAKRUGI PEMINAT MENYAKSIKANNYA

    ReplyDelete
  3. cantik tempat ni. memang tempat idaman kaki instagram tempat ni. kalau datang melaka ni, boleh singgah bergambar la nanti

    ReplyDelete
  4. menariknya. dah lama tak ke Melaka. jauh benar dah beza agaknya skrg ni

    ReplyDelete
  5. Bolehlah singgah kalau ke Melaka..ada yg pusing 360°..menarik nih..

    ReplyDelete
  6. Walaupun dekat Mrs. A tak pernah pergi Melaka hahaha

    ReplyDelete
  7. Next time nak ke sini pulak lah. Cantik pulak reka bentuk bangunan dia.

    ReplyDelete