Skip to main content

Review Buku Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0





Sifat tawaduk, keterampilan dan penyerahan diri pada Allah di saat-saat genting benar-benar membuatkan sis kagum dengan cara mereka. Tugas mereka mencabar. Selain daripada menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dan berfikiran kritis ketika menyelesaikan sesuatu masalah, mereka jua turut berkorban masa, tenaga, waktu makan, rehat dan tidur ketika berusaha menyelamatkan nyawa pesakit. 


Seperti yang kita tahu kerjaya seorang doktor benar-benar mencabar kerana ia bukan sahaja menuntut kekuatan mental, kebijaksanaan akal fikiran malah ketahanan fizikal juga. Kerjaya mereka mulia. Seumpama beramal jariah dan besar pahalanya di sisi Allah. 


Oleh itu, jika bertemu dengan doktor-doktor di luar sana yang sedang tekun menjalankan tugas, oncall  yang berhari-hari muka yang sama sahaja terpacak di Hospital, maka berilah kata-kata sokongan dan permudahkan urusan mereka juga. Mereka juga insan biasa yang punyai emosi dan harus dilayan sewajarnya. Mereka juga punyai keluarga dan insan tersayang yang sentiasa ternanti-nanti kan kepulangan mereka. Maka berilah semangat pada mereka. 


Kali ini sis membaca buku cerita bertajuk Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 yang juga merupakan sebuah buku bestseller. Jalan cerita dan pengalaman yang diceritakan pada buku ini juga agak santai, lucu dan penuh dengan suka duka. 


Apa yang menarik dekat buku ni sampaikan ianya menjadi sebuah buku bestseller? Jom teruskan bacaan. 





Review Buku Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0



Cakar ayam seorang doktor 2.0 merupakan kompilasi cerpen-cerpen pendek dan puisi yang diceritakan berdasarkan pengalaman-pengalaman anggota perubatan. Mereka tidak hanya terdiri daripada doktor-doktor, tetapi turut disertai karya dari seorang dietitian dan ahli farmasi.

Pengalaman-pengalaman doktor-doktor dan anggota perubatan ini bukan sahaja diceritakan dalam suasana santai dan bersahaja, malah boleh menambah ilmu pengetahuan dan mudah difahami oleh kita yang bukan dari bidang perubatan.

Dalam buku ni terdapat kompilasi cerpen dari 4 orang doktor, seorang ahli farmasi dan seorang dietitian hospital. Visual yang digunakan juga menarik dan santai bila dibaca.

Bagi yang nak tahu lebih lanjut, kenalah baca sendiri k!

Okay setakat ini sahaja review dari sis! Thank you sudi singgah & have a nice day!




Comments

  1. macam menarik jer buku ni.. nanti nak tgk kat library opis kalau ada nak pinjam baca

    ReplyDelete
  2. Kak ana pun suka baca buku2 santai mcm ni. Walau santai masih ada manfaat.

    ReplyDelete
  3. simple book and review. macam best ja..nak beli nanti tak terbaca pulak haha sy beli buku Sherlock Holmes dua tahun simpan sampai sekarang tak habis baca hahahha aduhhh

    ReplyDelete
  4. Macam best je buku ni. Apa apa pun selamat membaca and terus kan hobi yang bermanfaat ini. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda