Skip to main content

Manzil Penghindar Dari Black Magic | Senarai Surah Dalam Manzil








Bagi umat Islam, amalan membaca ayat-ayat Manzil merupakan salah satu amalan yang baik di amalkan terutama selepas solat dan sebelum tidur. 

Mana yang baik sama-sama kita kongsikan agar beroleh manfaat dan pahala yang berpanjangan darinya. 

Suasana gelap dan sunyi. Sekali lagi aku bersendirian disitu. Tempat apa ni? Hati kecil terdetik. 

Sebagai pendinding diri dan amalan untuk menghindar dari black magic (sihir), gangguan-gangguan dalaman mahupun luaran dan sebagainya, saya cadangkan boleh cuba amalkan manzil sebagai ikhtiar.

Mengikut nasihat daripada kenalan saya merupakan seorang ustaz yang sedang belajar di Mesir, katanya kita harus berikhtiar dengan perubatan Hospital dahulu. Tetapi, setelah berikhtiar dengan perubatan Hospital pun  tiada kesan (Contoh seseorang yang mengadu sakit di perut, tetapi bila Doktor scan, tiada apa-apa dan diyakini sihat), maka setelah itu barulah disarankan untuk mencuba perubatan Islam.



Susunan & Senarai Ayat Manzil Yang Boleh Diamalkan Harian



Bacaan 1:
 Al­Fatihah

Bacaan 2: 
Surah Al ­Baqarah (Surah 2) ayat 1-­5.

Bacaan 3: 
Surah Al ­Baqarah (Surah 2) ayat 163.

Bacaan 4: 
Surah Al­ Baqarah (Surah 2) ayat 255­-257

Bacaan 5: 
Surah Al­ Baqarah (Surah 2) ayat 284­-286

Bacaan 6:
 Surah Al­ Imran (Surah 3) ayat 18.

Bacaan 7: 
Surah Al­ Imran (Surah 3) ayat 26­-27.

Bacaan 8: 
Surah Al ­A'raaf (Surah 7) ayat 54­-56.

Bacaan 9: 
Surah Al­ Israa' (Surah 17) ayat 110-­111.

Bacaan 10: 
Surah Surah Al­ Muminuun (Surah 23) ayat 115-­118.

Bacaan 11:
 Surah Asy­Syafaat (Surah 37) ayat 1­11.

Bacaan 12: 
Surah A­Rahman (Surah 55) ayat 33­-40
.

Bacaan 13:
 Surah Al­Hasyr (Surah 59) ayat 21­-24.

Bacaan 14: 
Surah Al­ Jinn (Surah 72) ayat 1­4.

Bacaan 15: 
Surah Al­Kafiruun (Surah 109) ayat 1­6.

Bacaan 16:
 Surah Al­Ikhlas (Surah 112) ayat 1­4.

Bacaan 17: 
Surah Al­Falaq (Surah 113) ayat 1­5.

Bacaan 18:
 Surah An­Nas (Surah 114) ayat 1­6.







Kita berusaha dan berikhtiar, tetapi hanya Allah swt yang mampu menyembuh. Usah bersedih dengan dugaan yang menimpa. Kuatkan semangat, kuatkan hati. Tetapkan dalam hati bahawa Allah swt yang berkuasa dan makhluk tidak berkuasa.  

Makhluk tidak mampu memudharatkan tanpa izin Allah swt. Dan sedarlah setiap ujian yang diturunkanNya adalah dengan tujuan untuk menaik tarafkan diri kita di sisiNya dan untuk menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. 

Usah bersedih dan berputus asa dengan setiap ujian yang mendatang, sedarlah bahawa Allah swt sentiasa bersamamu. La tahzan innahalla ma'na.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Assalamualaikum.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda