Skip to main content

Resepi Ayam Masak Sos Tiram Yang Simple dan Sedap!


Ayam masak sos tiram. Antara resepi yang ringkas dan sedap. Penyediaannya juga cepat dan pantas sekaligus menjimatkan masa. Bahan-bahan pun tak banyak. Ia merupakan antara menu yang sis suka masak kerana sedap, pantas dan mudah. 


Resepi Ayam Masak Sos Tiram Yang Simple dan Sedap!



 Bahan-bahan Ayam Sos Tiram


Ayam - 7 hingga 10 Ketul

Serbuk kunyit - Sesudu kecil

Garam - Secukup rasa

Halia - Dihiris nipis

Bawang putih - 4 ulas dihiris nipis

Gula - sesudu kecil

kicap manis - sesudu ( Tak letak pun takpa)

Cili padi - 15 biji (Ikut tahap kepedasan masing-masing)

Carrot- Sebiji (Dipotong halus) 

Tomato - 3 biji (Belah empat)

Sos Tiram - 2-3 sudu

Sedikit Air 




Cara-cara Penyediaan


1. Ketulan ayam yang telah siap dibasuh digaulkan bersama kunyit dan garam dan digoreng sebentar di dalam kuali.


2. Toskan ayam, tinggalkan sedikit minyak.


3. Tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. Setelah itu masukkan sos tiram, tambah sedikit air dan kicap manis. 


4. Masukkan carrot , cili padi dan gaul rata. Biarkan menggelegak seketika .


5. Masukkan sedikit gula, kacau rata. 


6. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, kacau rata.


7. Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan sebentar. Tutup api. 


8. Sedia untuk dihidang!







Credit image: The Spruceeats

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda