Skip to main content

Resepi Roti Pizza Perisa Ayam Yang Mudah Disediakan!




Sesekali terasa kepingin nak makan pizza buatan sendiri. Kadangkala rasa lebih sedap dan menyelerakan. Bahan-bahannya juga boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri.


Biasanya jika buat pizza homemade, sis suka guna roti potong biasa petak empat itu. Kemudian letak topping mengikut selera sebelum ianya dibakar di dalam oven.


Kadangkala bila bosan bersarapan dengan menu yang sama, roti pizza ini juga boleh dijadikan menu sarapan untuk keesokan harinya. Jika ada yang nak cuba resepi ni, jom tengok seperti di bawah ini.





Bahan-bahan Roti Pizza:-

Sos tomato prego

mayonnis

isi ayam

roti

bawang putih

bawang holland

tomato

cheddar cheese

lada hitam

lada sulah



Cara-cara Membuat Roti Pizza Homemade:-


1. Potong isi ayam kecil-kecil, gaul dengan kunyit dan garam kemudian goreng sebentar. Toskan.


2. Sapukan sos spagehetti tomato/beef pada kepingan roti.


3. Sapukan mayonnis.


4. Susun bawang besar dan tomato di atas kepingan roti.


5. Taburkan bawang putih yang telah dicincang , lada hitam, lada sulah dan isi ayam di atas kepingan roti.


6. Akhir sekali letakkan cheddar cheese di atas sekali.


7. Bakar roti pada suhu 200 darjah selama 10 minit.


8. Siap dan sedia dihidang! Cubalah. Sedap tau. 



Okay, sekian sahaja dari sis. Selamat mencuba!



Credit image: Pinterest

Comments

  1. nengok rupanya tu sedapnya dapat lak makan time panas2

    ReplyDelete
  2. Okay dah bookmark dah. Senang nanti boleh cuba with my sister. Thanks for the recipe :)

    ReplyDelete
  3. Waaa sedap tu nadh..
    Boleh la nnti try ni...
    Thanks for resepi..

    ReplyDelete
  4. confirm sedap ni makan panas-panas time hujan lak tu. perghhhhh. hahaha

    ReplyDelete
  5. sarapan kena cepat siap, mudah dan terus ngap..hehe

    ReplyDelete
  6. Sedapp ni bila buat sendiri boleh makan banyak sikit. Thank you Nadhie share resepi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda