Review Movie: The Lion King 2019 - Nadhie Wueen

Monday, 19 August 2019

Review Movie: The Lion King 2019


Assalamualaikum & Hi Semua!

Review Movie: The Lion King 2019


Tak sangka bila cerita kartun zaman kanak-kanak Nadhie & husband akhirnya ke luar ke panggung dan watak-watak dalam cerita ni dijadikan seolah real gittew. Secara tak langsung ia mengimbau kembali kenangan kami pada zaman kanak-kanak.  Haha. Kenangan layan kartun dengan penuh semangat.

Suami Nadhie memang minat dengan cerita The Lion King ni. So, akhirnya , time beliau cuti pada bulan yang lepas , kami decide nak tengok cerita ni. Bukan itu aje, sebab nak rasa effect lain dari yang lain , kitorang amik seat 4DX. 

Dia macam tengok 5D short film tu, tapi yang ni nak dekat 2jam jugak lah. Dengan seat yang tak duduk diam sepanjang masa, efek buih, efek jatuh dan sebagainya. Owh ya, tak semua golongan ya yang boleh duduk dekat seat ni. 


Wayang 4DX




Review Movie & Sinopsis The Lion King 2019

Dak Simba

Sinopsis: The Lion King 2019 ni memaparkan kisah seekor anak singa, iaitu Simba yang akan mewarisi takhta bapanya, King Mufasa. Kelahirannya membuatkan Scar, iaitu abang Mufasa menjadi takut dan berniat untuk merampas takhta.

Dengan itu Scar menggunakan taktik kotor untuk menghapuskan abangnya, King Mufasa dan mengusir Simba dari tanah airnya. Simba berasa bersalah di atas kematian bapanya yang dianggap berpunca dari dirinya, lantas mengikut kata Scar dan melarikan diri ke sebuah tempat yang jauh. Simbaa telah meninggalkan ibunya Sarabi dan Nala kawan baiknya serta rakyat-rakyat bapanya.

Sementara itu, kerajaan bapanya telah diambil alih oleh Scar bersama komplotnya dubuk-dubuk yang jahat. Keamanan kawasan itu telah dirampasnya dan Scar memerintah dengan kejam. 

Manakala Simba yang disangka mati telah pun tiba disebuah kawasan yang aman dan tenang bersama dua ekor rakan barunya, iaitu Timon dan Pumbaa. 

Pada suatu hari, seekor singa betina tiba-tiba muncul di kawasan tenang dan damai itu, lantas mengembalikan Simba kepada kenangan pahitnya. Singa betina itu rupanya adalah Nala yang meminta Simba untuk kembali merebut takhta dan menyelamatkan tanah air mereka.

Mampukah Simba untuk berbuat begitu? Mampukah Simba untuk kembali ke tempat yang memberi seribu kenangan pahit buat dirinya? Haaa.. yang tu korang tengoklah sendiri ya. Hehe.


So far bagi sis jalan cerita ni sangat menarik dan tak mengecewakan pun dan berbaloi lah kami menonton haritu walaupun terpaksa bersenam selama 2 jam dalam panggung (penangan 4DX). Hahaha. Sis gurau je. Simba waktu kecil pun sangat comel. Geram sis tengok. Korang pun mesti geram jugak kan? Hihi

Okay sekian sahaja dari sis. Thank you sudi baca!






4 comments:

  1. mcm best jer...tapi nnt tengok kat netflix jer la kot..

    ReplyDelete
  2. Kak ana tgk yang biasa tu je pun dah seronok. Simba masa kecik comel giler kan.

    ReplyDelete