Sekadar perkongsian moga kita sama-sama sentiasa mengingati. Sebagai seorang muslim, wajib untuk kita ketahui tentang rukun Iman dan rukun Islam. Semoga dengan itu, aqidah dan keimanan kita sentiasa terpelihara.
Sebelum itu, apakah maksudnya iman? Iman bermaksud kepercayaan atau tasdiq. Ia adalah kesepaduan antara tiga perkara iaitu percaya dengan hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan perbuatan.
Jom bermuhasabah. Adakah kita benar-benar beriman kepadaNya?
Rukun Iman
1. Beriman kepada Allah SWT
2. Beriman kepada para malaikat.
3. Beriman kepada kitab
4. Beriman kepada nabi dan rasul
5. Beriman kepada hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar.
Rukun Islam
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan Solat
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa di bulan ramadhan
5. Menunaikan Haji bagi yang mampu
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Amin
alhamdulilah.. ju dtg blogwalking pagi =) Salam Jumaat awk
ReplyDeleteLama tak singgah sini. Assalamualaikum tuan tanah hehe
ReplyDelete