Skip to main content

Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya






Teringat saya pada firman Allah SWT dalam Surah Al-Mukmin, ayat 60.

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina dina".

Oleh itu, kita digalakkan berdoa. Berdoa dan berdoa sambil disusuli dengan usaha dan tawakal kepadaNya. Semoga dengan itu kita akan mudah mendapat keredhaan dan keampunan dariNya. Amin. 

Bagi ibu-ibu yang hamil, berikut saya kongsikan amalan doa harian yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan mendapat keredhaan dariNya. Amin





Doa- Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung 

Serta Kelebihannya

Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya




1) Doa mendapatkan keturunan yang baik (QS. Ali Imran 38)


Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38 mempunyai potongan doa ibu hamil yang sangat bagus dilafazkan semasa kehamilan. 



“Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa”

Ertinya:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.



2) Doa Nabi Yunus A.S.


Doa yang sunat dibaca oleh ibu hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya’ ayat 21


“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”

 


3) Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah




“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”




4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)


Memiliki anak soleh dan solehah tentu menjadi impian hampir setiap orang tua muslim. 

Ini kerana doa anak yang soleh dan solehah tidak akan putus kepada kedua orang ibu bapanya walaupun selepas mereka meninggal dunia.

Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi / dalam rahim.

Anda yang ingin berdoa agar mendapat anak soleh dan solehah dapat membaca potongan ayat dalam surat Ali Imran 35-36, yang berbunyi:




“Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami’ul alim”

 

Ertinya:
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”



5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)


Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi idaman pasangan suami isteri. 

Jika menginginkan hal sama, cik puan boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:




“Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a’yuniw waaj’alnaa lilmuttaqiina imaaman”



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: 

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: 

Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

(Al-Furqaan 25:74)



6. Doa agar anak rajin solat dan bertakwa (QS. Ibrahim 40)

Salah satu kayu aras yang mengukur ketakwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian.


Di dalam surah Ibrahim ayat 40, amalkan membaca ayat ini sejak mengandungkan anak lagi mudah mudahan anak anak kita akan menjadi orang yang istiqamah mendirikan solat:



“Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa”



“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :



“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.”

(Hadis riwayat Ibn Sunni)




SUMBER : Aku Islam



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda