Pilihan Surah dari Al-Quran Untuk Ibu Mengandung dan Manfaatnya - Nadhie Wueen

Tuesday, 15 October 2019

Pilihan Surah dari Al-Quran Untuk Ibu Mengandung dan Manfaatnya


Assalamualaikum & Hi Semua!

Credit Image: Egypt Today


Bismillahirahmannirrahim. Yang baik itu datang dari Allah, yang sebaliknya itu dari kita sendiri. Berikut merupakan surah-surah dari Al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung/hamil dan kelebihan-kelebihan darinya. Tiada apa yang Nadhie harapkan melainkan semoga post ini bermanfaat dan memberi kebaikan buat semua yang membaca. Amin.

Pun begitu, buat ibu-ibu yang sedang hamil yang dikasihi sekalian, selain boleh mengamalkan surah-surah dibawah, sangat digalakkan untuk khatam Al-Quran ketika hamil. Semoga dengan amalan kita ini dapat memberi kebaikan yang tidak berbelah bahagi dan menjadi amalan buat anak-anak yang sedang dikandungkan. Semoga kita semua direzekikan dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Amin


Pilihan Surah dari Al-Quran Untuk Ibu Mengandung dan Manfaatnya

Credit image : Quran Explorer

Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut:-


1. Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan.
2. Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat.
3. Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa.
4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak.
5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati
6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat.
8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah.
9. Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik.
10. Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat.
11. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
12. Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
13. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
14. Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
15.Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.



Semoga perkongsian ini bermanfaat. Assalamualaikum!







3 comments:

  1. perkongsian yang sangat baik.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. TQ atas perkongsian sis.. boleh jadi panduan buat semua ibu2 yg mengandung..:)

    ReplyDelete