Skip to main content

Resepi Ayam Buttermilk Mudah, Sedap Dan Cepat Disediakan!





Antara lauk feveret sis adalah ayam buttermilk. Sangat sedap apabila rasa masin, manis dan pedasnya sekata. Ditambah lagi dengan cili padi dan daun kari membuatkan aromanya bertambah menyelerakan. Bila makan nasi, sudah pasti bertambah-tambah dibuatnya. 

Apapun, resepi yang sedap-sedap ni tidak semestinya susah nak disediakan bukan? Yang penting kita kena tahu caranya. Supaya senang nak buat, sedap dan cepat disediakan. Di sini Nadhie nak kongsikan resepi ayam buttermilk yang mudah, sedap dan cepat disediakan.

Betul lah kata orang tua-tua, memasak ni juga adalah satu kesenian. Takda bahan ni, gantikan dengan bahan tu.  Resepi ni hanya sekadar panduan, nak bagi sedap kita sendiri kena pandai mencorakkannya. Kata depa lagi, nak pikat hati suami, pikatlah perutnya dulu! HEHE





Resepi Ayam ButterMilk Mudah Dan Cepat Disediakan!

Tambah sayur bagi melengkapkan diet korang.


Bahan-bahan


Isi ayam bahagian dada- dipotong dadu
Tepung gandum/tepung jagung
Garam
Gula
Marjerin/Planta
Susu Cair
Daun Kari
Cili padi
Bawang Putih
Kacang Buncis
Lobak Merah



Cara-cara Membuatnya :-

Yang ni hasil resepi dengan sayur



1. Potong dadu isi ayam bahagian dada.

2. Gaulkan dengan tepung dan secubit garam.

3. Gorengkan di dalam kuali sehingga garing. Angkat dan Toskan Minyak.

4. Tumbuk bawang putih dalam 5 ulas 

5. Seterusnya, masukkan planta dua sudu di dalam kuali lain yang bersih.

6. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehinga naik bau dan warna keperangan. Cili padi suka hati nak letak banyak mana, ikut kepedasan masing-masing.

7. Masukkan air setengah cawan. Ikut korang nak kuah banyak mana.

8. Masukkan susu cair dalam setengah atau suku tin, ikutlah korang nak kuah banyak mana.

9. Biarkan mendidih buat seketika.

10. Masukkan sayur kacang buncis, carrot hingga kelihatan masak.

11. Masukkan kesemua ayam-ayam yang telah digoreng, gaul rata.

12. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah okay boleh tutup api an sedia dihidang!


Resepi Ayam ButterMilk Mudah, Sedap Dan Cepat Disediakan!
Nak banyak kuah kena adjust sendiri.Yang ni Nadhie buat yang banyak kuah. Memang aumm. Hehe



Okay sekian sahaja resepi Nadhie untuk hari ini.
 Selamat mencuba!




Credit banner: Asian food network 

Comments

  1. buh cili api kasi pedas..sedap nih..

    ReplyDelete
  2. Sedap nyaa.. nak masak pun simple. Senang.. InsyaAllah akak nak cuba :)

    ReplyDelete
  3. Nadie pulak bg resepi ayam buttermilk ni huwaaaa kena masak jugak ke ni

    ReplyDelete
  4. Asslamualaikum,
    Resepi ringkas tetapi menyelerakan dan mengecurkan air liur.. mhn keizinan copy dan simpan resepi ini.

    ReplyDelete
  5. mmg sedap, ni tambah sayur nampak berwarna warni n menarik gitu

    ReplyDelete
  6. suka gilaa buttermilk chicken T-T

    ReplyDelete
  7. sedap tu.. resipi pon simple sesangat..

    ReplyDelete
  8. Sedap! Suka lebihkan cili sebab nak rasa pedas baru tak muak gitu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda