Skip to main content

Resepi Nasi Goreng Tomato Mudah dan Ringkas




Nasi goreng tomato. Jika tahu dan kena cara buatnya, pasti akan cukup mengecurkan liur. Biasanya Nadhie akan masak nasi goreng untuk sarapan pagi esok kalau ada baki lebihan nasi putih semalam. Bukan apa, tak nak membazir. Plus, suami pun boleh bawak bekal mahupun sarapan sekali di rumah.

Nak cakap sedap , tak tahu lah Nadhie. Yang tu korang kena lah cuba sendiri, Pastikan ikut sebiji resepi Nadhie. Hehe.

Resepi Nasi Goreng Tomato Mudah dan Ringkas



Bahan-bahan

Lobak merah - Ikut citarasa
Bawang Merah - Sebiji
Bawang Putih - 3 biji
Cili Kering - 5 biji
Tomato - 2 biji
Nasi Sejuk - 2/3 orang Makan
Halia - Seuras
Pes Tomato Prego - 4 Sudu Makan


Cara-caranya :-


1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat.
2. Seterusnya bawang merah dihiris halus
3. Lobak merah dan tomato dipotong dadu.
4. Basuh cili kering sebersihnya, potong/gunting kecil-kecil.
5. Kemudian tumiskan bawang merah, halia, cili kering dan bawang putih sehingga naik bau.
6. Masukkan pes tomato, gaul sebati
7. Masukkan lobak merah dan tomato yang telah dihiris. Gaul rata dan biarkan garing sebentar.
8. Masukkan secubit garam secukup rasa.
9. Masukkan nasi putih, lada hitam dan gaul rata.
10. Sedia untuk dihidang!


Ha..mudah je kan? Easy peasy. Resepi ni lebih pada vegetarian di mana ia tidak memerlukan daging ayam, lembu, ikan bilis dan sebagainya. Namun, hasilnya tetap mengancam. Untuk lebih sedap, boleh masukkan cheese keping ketika nasi goreng masih panas-panas. Tunggu sebentar dan sedia dimakan! Memang yummy!

Okay, sekian sahaja resepi dari Nadhie. Semoga bermanfaat. Bubye!










Comments

  1. Simple2 macam ni lah yg sedap sis..minum dgn teh o panas.. nyum.Nak masak pun simple tapi menyelerakan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda