Review Korean Drama & Sinopsis: Terrius, Behind Me


Assalamualaikum & Hi Semua!




Terrius, Behind Me atau dikenali juga sebagai My Secret Terrius (Astro Prima). Cerita yang lain dari yang lain. Bila mak cik bawang bersatu, macam-macam boleh jadi. Cerita ni mengisahkan antara dunia seorang perisik dan makcik-makcik bawang. Seriously fun! Nadhie memang tak henti-henti gelak masa layan cerita ni. Lagi-lagi kerenah makcik bawang yang dipaparkan. 

Untuk pengetahuan korang, makcik-makcik bawang tersebut adalah suri rumah-suri rumah persatuan kawasan perumahan di situ yang akan menyibuk dan cuba menyelesaikan pelbagai masalah di kawasan itu. 

Siapa dekat sini pernah tengok Master Sun? Mesti kenal kan pelakon hero nya iaitu So Ji Sub. Bagi sis pelakonnya takdalah hensem mana, tapi sis suka betul tengok lakonan beliau. Sungguh menjiwai watak gitu. Takmo, cakap banyak lagi, jom tengok apa yang bestnya Terrius behind me ni.




Review Korean Drama: Terrius, Behind Me


Sinopsis : Seorang spy dari Korea Selatan yang dituduh berpaling tadah akhirnya menyembunyikan diri di sebuah apartment dengan menggunakan identiti yang berbeza. Dalam masa yang sama Terrius (nama risikan) atau juga nama sebenarnya Bon berjiran dengan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang sibuk menguruskan keluarganya.

Semuanya berubah apabila suami wanita itu, Ae Rin meninggal dunia tiba-tiba kerana dikatakan serangan jantung. Terrius mengesyaki bagai ada sesuatu yang tak kena berdasarkan beberapa bukti yang telah ditemuinya secara tidak sengaja. Apatah lagi suami Ae Rin meninggal pada hari yang sama seorang ahli politik mati. Ketika berkabung, anak-anak Ae Rin yang sedang dijaga oleh jirannya dan bermain di taman permainan hampir sahaja diculik oleh seorang lelaki misteri.

Namun, group KIS, iaitu sekumpulan group makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang kawasan apartment itu telah bersatu dan berjaya menemui kedua budak-budak itu yang sedang cuba dilarikan lelaki misteri itu.

Setelah kejadian, Ae Rin terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka anak beranak. Manakala Terrius tiba-tiba menawarkan diri untuk menjaga anak-anak Ae Rin kerana mahu menyiasat perkara tersebut. Tanpa diduga, pelbagai peristiwa kelakar dan tidak disangka berlaku.

Berjayakah Terrius merungkai misteri tersebut? Berjayakah dia membebaskan dirinya dari tuduhan jenayah yang selama ini menghantui hidupnya?

Review sis: Seriously kelakar cerita ni. Tak jemu dan tak bosan tengok setiap episode. Ada sahaja babak-babak yang lucu dan membuatkan kita ingin mengetahui episode seterusnya. 


5 Comentarios

  1. mcm bestt. so ji sub hensem laaa hhehehe hero tua korea semua hensem hhee

    ReplyDelete
  2. Dalam master sun so ji sub nampak biasa je, dalam ceta ni nampak hesem pulak

    ReplyDelete
  3. mmg best drama ni...kes yg Terius & geng nk selesaikan tu serius giler,libatkan terrorist lg...tapi penulis boleh olah jln cerita dlm versi santai + kelakar..

    highly recommended drama ni..

    ReplyDelete
  4. Macam
    Lawak ja sis bila ada makcik2 bawang tu masuk campur.. haha.. ada masa nak tgk
    Lah nti :)

    ReplyDelete
  5. cambest lah tapi suka layan filem dari drama sbb drama lambat nak tunggu habis by episod. hihi

    ReplyDelete