Skip to main content

Idea dan Inspirasi Dekorasi Bilik Tidur Tanpa Katil






Tidak menggunakan katil di bilik tidur bukanlah suatu alasan untuk bilik tidur itu tidak kelihatan kemas, teratur dan cantik. 


Tahukah anda meskipun tidak menggunakan katil, anda masih berpeluang untuk menghiasinya dengan cantik, selesa dan nampak kemas. Bilik tidur yang cantik, selesa dan kemas akan memberi mood yang baik dan aura yang positif kepada kita. Sebab tu pentingnya memastikan suasana di sekeliling kita dalam keadaan selesa.


Antara punca sesetengah orang tidak mahu menggunakan katil adalah kerana mempunyai anak kecil, masih menyewa dan sebagainya. Pun begitu, itu bukan alasan untuk seseorang itu duduk dalam keadaan yang tidak selesa mahupun ala kadar sahaja.


Tidak salah kan jika kita mahukan keselesaan demi diri sendiri? Sekaligus dapat meransang mood yang positif dan menjadikan kita lebih bersemangat setiap kali bangun tidur. Berikut saya kongsikan koleksi idea bilik tidur tanpa katil namun tetap selesa dan nampak cantik!

 


Idea dan Inspirasi Dekorasi Bilik Tidur Tanpa Katil
















 
Dekorasinya tidak perlu melarat. Cukup minimal sahaja. Pun begitu, untuk perabot dan peralatan lain, pastikan anda mempunyai tempat simpanan yang tersendiri. 


Bak kata pepatah "Setiap barang ada rumahnya,"


Agar barang-barang anda yang lain tidak bersepah-sepah di atas lantai rumah mahupun bilik. 


Keselesaan sangat penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Semoga perkongsian ini bermanfaat! Terima kasih.





Comments

  1. cantik, dan simple... janji pandai mengayakan macamne pun jadi cantik

    ReplyDelete
  2. simple tapi menarik sangat kan. sedap ja mata memandang

    ReplyDelete
  3. xde katil pon cantik je bilik..
    janji kemas n teratur..

    ReplyDelete
  4. Nice and simple tapi kalau Mrs. A suka sorok barang bawah katil hahaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda