Skip to main content

Surat dari Scammer


Assalamualaikum & Hi Semua!

Surat dari Scammer

Hari ni Nadhie nak kongsikan sesuatu yang perlu diberi perhatian, terutama kepada warga emas, ahli keluarga, ibu bapa dan masyarakat kita agar sentiasa berwaspada pada zaman teknologi semakin canggih ini. 
Topik harini adalah berkaitan dengan:

Surat dari scammer.


Surat ni bukan Nadhie yang terima secara peribadi, tapi contoh surat penipuan yang pernah tular dan digunakan oleh scammer untuk memperdayakan orang ramai. 

Yang buatkan surat ni bahaya, sebab scammer menyamar sebagai pihak berautoriti seperti PDRM dan juga Yang Di-Pertuan Agong.

Kalau korang pernah terima surat atau mesej yang hampir sama macam ni, tolong berhati-hati.


1. Menyamar jadi PDRM




Dalam surat ini, scammer menggunakan nama dan gaya seolah-olah surat rasmi daripada pihak polis. Biasanya mereka akan:

Guna ayat tegas

Letak nama jabatan

Cuba buat penerima rasa takut atau panik

Tujuan utama?

Supaya mangsa tak sempat berfikir panjang dan terus ikut arahan yang diberikan




2. YDP PULAK *SIGH*




(rujuk gambar surat)

Scammer sanggup menyamar kononnya surat datang dari pihak tertinggi negara untuk:

Nampak “sah”

Nampak “penting”

Buat orang rasa tak berani persoal

Padahal, surat rasmi sebenar tak akan diedarkan macam ni, apatah lagi melibatkan permintaan berkaitan duit, aset atau maklumat peribadi.

PESANAN BUAT ORANG RAMAI




Zaman sekarang ni, macam-macam cara penipuan muncul. Ada yang melalui:

Surat
Emel
WhatsApp
SMS
Panggilan telefon

Apa pun bentuknya, kalau melibatkan duit, aset, atau maklumat peribadi, Nadhie nasihatkan:

- Jangan panik
- Jangan terus percaya
- Selidik dulu sumber surat tersebut
-Buat pengesahan dengan pihak sebenar

Lebih baik bertanya dan semak, daripada menyesal kemudian hari.


Kesimpulan Ringkas


Scammer akan sentiasa mencari mangsa baru, dan mereka tak segan silu menggunakan nama besar atau pihak berkuasa untuk menipu.

Kalau korang dapat surat pelik-pelik macam ni: 

Abaikan
Jangan balas
Jangan beri sebarang maklumat

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh jadi peringatan untuk kita semua.
Okay, sekian sahaja dari Nadhie. Terima kasih.



Comments

  1. Menakutkan betul scammer zaman sekarang. Main surat-surat dan PDRM pulak dah. Bagus berkongsi supaya orang alert dan tak tertipu

    ReplyDelete
  2. seram tul, makin macam-macam mereka ini yek...
    ini kalau mereka tunjuk kat orang tua di kampung yang tak berapa ada pendedahan pasal scammer mesti mereka percaya kan...

    ReplyDelete
  3. sekarang guna surat pulak dah..

    memamng macam-macam la dunia ini

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian Nadhie.
    Baharu tahu ni taktik guna surat pulak dah.
    Kalau telefon tu memang selalu dapat tapi yang lawaknya call kat office.
    Kalau guna phone office dah tentu-tentu boleh nampak nombor yang panjang berjela tu sah-sah scammer pastu calling berjemaah kadang kat office Mrs. A sehari sampai tiga empat orang dapat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda