Skip to main content

15 Resepi Menarik Aiskrim Buatan Sendiri (Homemade)





Seronok betul bila dapat buat sendiri pelbagai jenis aiskrim. Sedap pun sedap mengikut citarasa sendiri dan yang paling penting jimat duit! Paling best bila dapat buat aiskrim mahal macam magnum tu kan kan kan. Rasa sedap, puas hati makan. Berikut sis kongsikan resepi pelbagai aiskrim Malaysia Homemade untuk rujukan semua. 



20 Resepi Menarik Aiskrim Buatan Sendiri (Homemade)



1. Aiskrim Hipster Coki-coki


Bahan-bahan :-

1 tin susu cair
1 tin susu manis
4 tin air
2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
Secubit garam
3 paket choki choki

Cara-cara :

Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.
Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki.
Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.
Anggaran aiskim 25-27 bungkus.

Selamat mencuba <3

Kredit: Resepi Memikat Suami


2. Aiskrim Homemade



1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin air(sukat guna tin susu tu jgk)
1 sdbesar tpg jagung..
Semua ni didihkan n sentiasa kacau tau
Sejukkkan dulu..
Baru letakkan 1sdbesar ovallate dan 1sdkecil esen vanila
Mixerkan bhn ni tahap max mgkin dlm 30 min atau sampai gebu..
Nak tahu gebu ke x.. Bhn jadi 2x ganda dari asal..
Bila dah gebu.. Letakkan perisa yg uolls suka..
Bekukan semalaman

Slmt mencuba..
Aiskrim dibwh ni..
Ice cream Vanila coklatchip.. Ice cream Oreo..
Ice cream cappucino.. Ice cream strawberry
4 bancuhan semuanye..

Cdt zamzuraini mat akhir


3. Aiskrim Malaysia Terlajak Gebu



Resepi terbaru dari che enon..

15 liter air
9 tin susu pekat
3 tin susu cair
Sedikit garam
250gm tepung ubi
1 bungkus tepung hong kwee

Tepung ubi dan tepung hong kwee dibancuh asing..
Guna air dr yg 15 liter tu..
Bahan2 lain satukan ke dlm periuk...
Kacau rata...lepas tu boleh masak di atas dapur..
Masukkan bancuhan tepung ubi dan tepung hong kwee..
Bancuhan hendaklah sentisa di kacau bg mengelakkan jd berketul...
Tggu sehingga mendidih..boleh ttp api...
Bagi yg nak buat sikit tu...boleh la bahagi bahan2 diatas..

TEPUNG HONG KWEE NI MMG EJEN PENGGEBUAN YANG TERBAIK...BUAT SAHABAT YG MENJUAL AISKRIM...BOLEH LA CUBA TAMBAHKAN KE DALAM BANCUHAN AISKRIM ANDA..

SELAMAT MENCUBA..
SEMOGA BERMANFAAT BUAT SAHABAT SEMUA..
INSYAALLAH AMIN..AMIN..AMIN

Cdt che enon aiskrim


4. Aiskrim Paddle Pop




✅ Step 1 : Saya tiru bulat-bulat resepi di belakang pack dadih cuma tambah 3 sudu besar gula sahaja.
✅ Step 2 : Dadih dah siap masak. Asingkan dalam mangkuk untuk bubuh pewarna dan untuk proses separa beku (+/- 1/2jam)
✅ Step 3 : Bila dah separa beku boleh cedok isi dalam corong untuk mudahkan masuk dalam plastik aiskrim. (ikut kreatif anda)
✅ Step seterusnye bole fahamkan pada gambar.

Tip : Warna tak perlu gelap-gelap untuk elak dari lebam bila dah beku. 😍😍
Kredit : Aien Yuss


5. AISKRIM SUMI JELLY




Bahan-bahan:

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
secubit garam
2 bungkus sumi - belah 4/6 ikut masing2
.

Cara2 membuat:

1. Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam
2. Masak air sampai garam hancur
3. Masukkan baki 3 air tin
4. Kacau rata, biarkan sejuk
5. Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut
6. Sedia untuk dibekukan

Selamat mencuba!! 😋
Kredit ;ilham resepi
Like share Resepi Panas Media



6. Aiskrim Malaysia Mint Chocolate Rice



Resipi oleh Amira.Hanif via MAHN

Bahan-bahan :

3 tin susu cair
2 tin susu pekat
12 tin air penapis
5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
1 sudu kecil garam
Chocolate rice
Esen peppermint
Pewarna turqoise

Masukkan chocolate rice siap-siap ke dalam plastik aiskrim. Bila susu dah mendidih, masukkan esen peppermint. Lepas tu masukkan pewarna turqoise. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.


7. Aiskrim Cappucino Oreo




Base susu sy masak mcm biasa

3tin susu cair
2tin susu pekat
12 tin air penapis
5sudu gula
3sudu tpg jagung dibancuh
1sudu kecil garam

Masukkan oreo crush siap2 ke dlm plastik aiskrim
Susu dah mendidih, msukkan cappucino emulco
Kacau hingga sebati
Tgu susu sejuk br masukkan dlm plastik

Cdt amira hanif


8. Aiskrim Malaysia Versi Cheese‼



1tin susu cair
1 tin susu pekat (blh guna 1/2 tin shj)
3 tin air
3 sudu gula (tak suka manis blh kurangkan)
2-3 sudu tepung jagung
50g tatura cream cheese
Secubit garam
Filling blueberry & strawberry (masukkan filling dlm plastik aiskrim siap siap, lg mudah paipkan guna piping bag)

Langkah-langkah :

1) masakan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dgn api sederhana
2) bila dh mengelegak, masukkan cheese.
3) biarkan bancuhan dh agak suam, blendkan sampai cheese dh tak berketul. Sekiranye masih tak halus. Tapiskan bancuhan

Cdt bintu zain


9. RESEPI AISKRIM DURIAN




Base susu saya masak macam biasa.

3 tin susu cair
2 tin susu pekat
12 tin air penapis
5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
1 sudu kecil garam

Susu dah mendidih, masukkan paste durian yang dibeli di bakery. (Paste durian tu terpulang nak letak banyak mana. lagi banyak, lagi sedap terasa duriannya)
Kacau sehingga sebati. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer 😋😋

Cdt amira hanif


10. Aiskrim Malaysia Ain Kamis


1 resepi Yang boleh dipelbagaikan. Ikut la citarasa tekak masing²

Bahan A :

🍧2500gram air biasa (sukat botol mineral kecik tu 5botol kalau xde penimbang.
🍧 1 tin susu cair carnation
🍧 1 tin susu pekat manis F&N

Bahan B :

🍧 1 sudu kecik garam
🍧 3 senduk kecik gula (ikut masing tekak sendiri)

Bahan C : bancuh dgn sedikit air

🍧 2 sudu besar tepung jagung
🍧 4 sudu kecil vanilla powder (cari kat bakery)

Cara-cara :

1) masak bahan A guna api Yang sederhana. Sentiasa kacau utk mengelakkan susu hangit & membuak.
2) bila dh keluar wap, masukkan bahan B .didihkan hingga betul2 mendidih.
3) dah mendidih, masukkan pulak bahan C. Masak lgi hingga mendidih.
4) sejukkan

Perisa :

1) blueberry - guna blueberry topping .Cari Yang jenis licin berkilat. Yg ni dia melekat elok di plastik. Xkan bercampur dgn air susu.
2) strawberry - sama mcm blueberry
3) coklat - guna coklat spread.
4) oreo - sebijil oreo dipatah2 kan jadi kepingan kecil.
5) dynamite peppermint - tambah sedikit peppermint flavour dalam air susu tadi. Letak pewarna utk kelihatan menarik. Tumbuk sebiji gula² dynamite & masukkan dlm plastik. Klu xnk pon xpe. Sbb kejadian dia berangin giler.
6) Bandung - letak esen sirap cap ros. Nk letak cincau @ selasih boleh jgk.

Adunan ni dapat 67pcs baby aiskrim. Dimana 1 plastik aiskrim yg standard dipotong 2 .
Apepon selamat mencuba la ye..
Gunala susu2 yg berkuality sikit ye. Jgn cari yg murah aje. Bahan premium menghasilkan product yg sedap 😁😁


11. Aiskrim Viral Ala Magnum



Aiskrim vanila tu guna resepi aiskrim oreo mcflurry yang nina pernah share sebelum ni..

Aiskrim ala Magnum
2cawan whipping krim(dairy)
*nina guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair@susu fullcream pun boleh je
1/2cawan susu pekat
1sudu kecil ovellate
Sedikit esen vanila

*campurkan kesemua bahan mix@blender hingga kembang gebu(nina pakai blender je)mix@blender hingga adunan kembang 2kali ganda
350gm coklat masakan@dark chocolate apa apa brand pun boleh je(nina guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)
*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan
*agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat
*tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam@semalaman
***salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim
***nak lagi senang buat pendek2 je.. Nina potong sikit plastik aiskrim tu
***adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je
***coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik,coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah


Kredit raja amanina dan siti zubaidah mohd ruslan



12. Resepi Aiskrim Kacang Merah




Lagi banyak kacang lagi sedap makan sejuk sejuk laju je kan masuk mulut... Ais tu nak bagi gebu nina masukkan tepung jagung&tepung ubi

*Aiskrim Kacang Merah*


-4cawan kacang merah(rendam sekejap)
*rebus kacang merah hingga lembut&empuk
*blend&kisar kacang merah bersama 2cawan air

Bahan A

-2cawan gula
-sehelai daun pandan
-7cawan air

Bahan B

-2sudu besar tepung ubi
-3sudu besar tepung jagung
-1/2cawan air
*bancuh tepung jagung&tepung ubi dengan air

Bahan C

-1/2cawan susu pekat
-2kotak kecil santan kara(200ml+200ml)
-1/2sudu kecil garam
-sedikit pewarna merah

*masak bahan A hingga gula larut dan mendidih
*masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga sebati
*masukkan kacang merah yang dikisar
*masukkan bahan2 C whisk hingga sebati masak hingga mendidih
*perasakan gula(nak manis boleh lebihkan gula)
*tutup api dan sejukkan
*isikan dalam plastik aiskrim dan bekukan

Credit : Raja Amanina



13. Resepi Aiskrim Malaysia Alaf Baru

=========================

Gemok2 dgn perisa viral! Sedap! Blh la cuba, resepi kat bawah ni 👇🏽👇🏽👇🏽. Harini bolehlah buat, nanti bagi kat min sebatang yer 😁😁

✔️ MILO

Bahan-Bahan :

Air
Milo
Susu cair
Susu pekat
Coklat tabur

Cara2

Masak air, buat air milo mcm biasa tp letak susu cair dan susu pekat. Siap air milo sejukkan dan tuang dlm plastik bersama coklat tabur.

—————————
✔️ JAGUNG CINCAU
Bahan-Bahan :
Air
Sirap jagung
Susu cair
Susu pekat
Garam sedikit
Cincau
Buat air jagung mcm biasa, letak secubit garam utk 1balang air, bila sejuk letak air dlm plastik dan letak cincau.
———————-

✔️ SUSU STROBERI
Bahan-Bahan :
Air
Susu pekat
Susu cair
Stoberi segar
Buat air susu mcm biasa biasa, setelah sejuk letak stoberi potong. Sejukkan

———————-
✔️ Aiskrim Lemon Susu Serbuk Coklat
Air
Susu segar
Susu pekat
Lemon
Sebuk coklat
Buat air susu mcm biasa, perah lemon sedikit, sejukkan dan letak dlm plastik dan letak serbuk coklat.

Cdt aneka resepi kuih muih



14. Resepi Aiskrim Malaysia: Kacang Hijau



Bahan-bahan:

Kacang hijau (rendam semalaman)
1 liter santan
2 ke 3 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
Gula merah
Satu ke tiga cubit garam

Cara-caranya:

Rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
Masak air gula merah secara berasingan dan tapis.
Bila kacang sudah empuk masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.
Masak macam buat bubur kacang.
Kemudian tutup api dan tunggu sejuk sedikit baru masuk dalam plastik.


15. Aiskrim Mango dan Strawberi yogurt




Bahan-bahan:

280gm yogurt tanpa lemak
30gm strawberi segar
30gm mangga segar
1 1/2 sudu teh madu

Cara-cara membuat:

Kisarkan strawberi, yogurt, mangga & madu.
Masukkan dalam plastik aiskrim.


Okay sekian sahaja, selamat mencuba!


Comments

  1. menariknya nadhi... terliur tgk..

    ReplyDelete
  2. OMG yang ala Magnum tu..
    InshaAllah ada masa nanti Tqa nak try buat, mana tau menjadi.
    Thanks for the recipe and the compilation :)

    ReplyDelete
  3. hi sis nak tanya ni yg sis mention dlm resepi ice cream malaysia tu nk gebu kan ice cream tu kna letak tepung hong kwee kan..bole x tjuk gmbr packing tepung tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda