Skip to main content

Resepi Cheesecake 3 Bahan Sedap Dan Mudah!







Siapa sangka dengan hanya tiga bahan sahaja boleh menghasilkan kek cheese yang sedap dan lazat? Cuma kena tahu caranya sahaja. Betul cara buatnya, InsyaAllah menjadilah keknya. 

Apapun, sis memang suka sangat kek-kek yang tak banyak bahan ni. Yalah tak adalah banyak modal sangat nak kena keluarkan kan semata-mata nak makan kek punya pasal.

Oleh itu, di sini saya kongsikan resepi kek cheese 3 bahan yang sedap dan mudah hasil perkongsian saudari Nurul Ain Ridzwan. Resepinya adalah seperti di bawah. Jom cuba!



 Resepi Cheesecake 3 Bahan Sedap Dan Mudah!



BAHAN-BAHAN

120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 Biji telur gred B



*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat kek. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.


Cara-cara Nak Buat Cheesecake 3 Bahan:-

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.


1.Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.

Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.


2.Asingkan Telur Putih & Pukul

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.

Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).


3.Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese

Telur kuningnya pula jangan dibuang.

Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.


4.Campurkan Semua Bahan

Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. 

Kaupkan saja guna senduk.



5.Tuang Dalam Loyang

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. 

Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.


6.Bakar

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air)

Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’.

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. 

Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.


7.Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. 

Pintu oven tu bukakan sedikit.


8.Topping

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. 

Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.


CHEESECAKE 3 BAHAN YANG MEMANG GEBU & LEMBUT!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?

Selamat mencuba 😍😍😍

Comments

  1. wahhhh menarik nih... agak-agak boleh tak yek kalau di kukus je... oven akak tengah buat hal sekarang nih... menarik sebab 3 bahan, cuma buat kek keju ni kadang tak jadi itu akak takut nk buat tu

    ReplyDelete
  2. Alahai.. bahan sikit macam ni baru syok nak buat. Takde la berkecah dengan tepung bagai.

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeee kek..
    blh try buat nt!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda