Skip to main content

Tanda-tanda Serangan Jantung Pada Awal Pagi!




Tiadanya penyakit jantung mahupun mempunyai apa-apa jenis penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya bukan bermaksud tiadanya risiko untuk terkena serangan jantung, tambah-tambah lagi pada awal pagi. 

Menurut Public Health Malaysia, risiko serangan jantung pada awal pagi boleh terkena pada siapa-siapa sahaja seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stress dan kurang tidur. 

Lebih-lebih lagi apabila awal pagi mahupun fasa terakhir tidur merupakan waktu kritikal yang memudahkan terkenanya serangan jantung. Berikut Nadhie kongsikan tanda-tanda dan kenyataan Public Health Malaysia berkenaan serangan jantung pada awal pagi.




Tanda-tanda Serangan Jantung Pada Awal Pagi!



[ALERT] Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekitanya berlaku serangan jantung atau strok.
 
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
 
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
 
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
 
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
 
Sekiranya anda atau sesiapa alami gejala serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.



Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda