Cara Bancuh Susu Bayi Dalam Botol Dengan Betul - Nadhie Wueen

Wednesday, 11 March 2020

Cara Bancuh Susu Bayi Dalam Botol Dengan Betul

Assalamualaikum & Hi Semua!

credit image



Pasti ada ibu-ibu bapa yang runsing apabila melihat berat badan anak tidak naik-naik meskipun telah diberi susu yang mencukupi. Tahukah anda, cara bancuhan susu yang salah juga sangat mempengaruhi proses penambahan berat badan anak-anak anda. Oleh itu di sini, akan saya kongsikan apa jenis-jenis kesalahan yang mungkin kita sebagai ibu bapa terlepas pandang dan tidak sedar.

Perkongsian ini telah dikongsi oleh seorang dietitian berkenaan kesilapan membancuh susu dan teknik yang betul bagi memastikan anak-anak kita mendapat zat yang mencukupi darinya.




Cara Bancuh Susu Bayi Dalam Botol Dengan Betul



Cara Bancuh Susu Dalam Botol Dengan Betul🥰.
.
Jangan guna air panas
Jangan guna air mineral
Jangan cairkan atau pekatkan
Pastikan ikut step yang betul
Letak air, baru susu, air sehingga ke paras betul baru goncang
Kenapa tak boleh air dulu baru susu dan terus goncang?
Contoh bancuhan 8scp dalam 8oz anda dah letak 8oz air siap siap..bila letak scoop susu dan goncang akan jadi lebih dari 8oz mubgkin 9/10oz..maka susu dah cair
Kenapa air suam?
Tahukah anda susu suam antara 35-40°c sama seperti suhu susu ibu? Suhu suam tersebut boleh membantu anak relax dan lebih lena tidur.
Kenapa tak boleh air tapis/air mineral?
Air tapis tidak membunuh kuman
Air mineral mengandungi mineral yang tidak diperlukan oleh baby dan bertindak balas dengan zat dalam susu.
Cara bancuhan susu yang tidak tepat juga boleh membawa kepada anak tak dapat zat cukup,berat badan pun sukar nak naik
Kredit
Dietitian Nur Hafizah M. Sobri




Sumber: Cahaya Mata 

1 comment:

  1. akak dah hampir lupa macamne nk bancuh susu dik oi hahahah almaklum paling last aiyan minum susu masa umur dia 4 tahun, lepas tu dia takmo dah susu dalam botol, kalau ada pun susu fresh milk atau dalam kotak tu

    ReplyDelete

,