Skip to main content

Resepi Churros Yang Super Sedap Dan Mudah!





Churros ni orang kata kalau pandai buat pasti sedap hasilnya. Selama ni sis beli kat kedai je sebab tak tahu resepi dan tak pandai buat. Rupanya baru tahu yang resepi untuk menghasilkan churros ni tak ada lah susah mana pun. Bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah untuk dicari.


Di bawah ini sis akan kongsikan resepi Churros yang bagi sis super senang, mudah & paling penting sedap! Perkongsian ini untuk rujukan sis juga sebenarnya. Okay, jom tengok!



Resepi Churros Yang Senang, Tak Banyak Bahan Dan Sedap!


Bahan-bahannya :

1 Cawan Air 
1 Sb Gula
4 Sb Mentega
1 Cawan Tepung
1 Sk Esen Vanilla
1 Biji Telur
Piping Bag
Star Nozzle

1/2 Cawan Gula kastor
2 Sk Serbuk Kayu Manis



Cara-caranya :-

1. Cairkan sesudu gula, 4 sudu besar mentega bersama secawan air.




2. Tambahkan dengan secawan tepung gandum




3. Gaulkan adunan sehingga sebati. 




4. Biarkan adunan sejuk untuk seketika




5. Tambahkan sesudu kecil esen vanilla.




6. Pecahkan 3 biji telur dan gaulkan telur satu per satu ke dalam adunan. 



7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan star nozzle untuk memicit adunan



8. Panaskan minyak masak terlebih dahulu. Bila dah panas, picit adunan ke dalam minyak masak.




9. Goreng sehingga warna churros anda bertukar keperang-perangan. Dan ketepikan seketika.



10. Campurkan dua sudu kecil serbuk kayu manis bersama 1/2 cawan gula kastor. Gaul rata.




11. Salutkan campuran itu tadi bersama churros.




Sedia dihidang. Selamat menjamu selera!



Okay, itu sahaja. Mudah kan!


Sumber : SAYS SEISMIK
Credit banner: superama



Comments

  1. Sedap nih..kekdg join ofismate order street churros, suka yg perisa cinnamon..sekejap je habis..hehe..

    ReplyDelete
  2. buat churros memang mudah. cuma kena tunggu masa rajin dulu baru berhasil :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda