Skip to main content

Resepi Kek Butter Cheese Yang Senang Dan Ringkas!




Sedap! Itulah yang sis rasakan sebaik sahaja menyuapnnya ke mulut. Teksturnya lembut dan gebu sahaja. Percubaan pertama membuat resepi kek butter cheese ini nampaknya berhasil dengan sekali cubaan. 


Pada yang teringin cuba, boleh cuba resepi ni. Seriously, senang sahaja resepinya. Ringkas dan mudah. Hasilnya juga sangat enak. Oleh itu, apalagi jom kita cuba buat resepinya!


Resepi Kek Butter Cheese Yang Senang Dan Mudah!



Bahan Bahan

💓250gram butter (saya guna anchor)

💓150gram cream cheese (saya letak 200g)

💓200g gula castor

💓5biji telur gredA(saya guna 6bji telur gredB)

💓1sudu kecik esen vanilla

💓250g tepung gandum

💓11/2 sudu kecil baking powder


Cara-caranya:-

1. Satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan.


2. Pukul butter, gula dan cream cheese sampai kembang dan putih.


3. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.


4. Masukkan bahan ayak, kaup balik ringan sahaja sampai sebati.


5. Sediakan loyang 9x9,griskan atau lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan, hentak hentak manja.


6. Panas kan oven selama 10minit dulu kemudian bakar kek menggunakan suhu 160° selama 50minit (bergantung pada suhu oven masing masing).


7. Dah siap sedia dihidang! 


Itu sahaja resepinya. Mudah & ringkas sahaja bukan? Selamat mencuba.




Resepi Asal: Milik Puan Surianti Ramli

Comments

  1. Banyaknya reipi best-best musim PKP ni.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..ada butter, ada cheese..nyum, nyum..

    ReplyDelete
  3. cantik kejadi kek butter cheese ni. Teringin nak mencuba tapi itulah bab membaked ni agak failed. Tq share resepi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda