Skip to main content

Resepi Minuman Koktail Bandung Sejuk Dan Segar Untuk Berbuka Puasa




Minuman yang menyegarkan dan enak pasti akan mengecurkan liur setiap kali ingin berbuka puasa.  Lebih-lebih lagi apabila minuman yang disediakan itu sedap dan sejuk-sejuk sahaja apabila melalui tekak. Lantas ia dapat memberi kesegaran yang tidak terhingga. 

Sedar tak sedar dah berapa ramadhan berlalu dan kita masih dalam fasa PKP. Semoga fasa ini cepat berakhir dan seluruh dunia bebas dari virus Covid19 ini. Amin. Waktu PKP ni memang dah tak ada makna lah nak membeli-belah di Bazar ramadhan bukan? Bazar pun tak buka, jadi apa kata kita buat sendiri je makanan dan minuman berbuka puasa yang spesial dengan kreativiti kita sendiri. Tak adalah susah sangatnya pun. 

Kali ni saya akan kongsikan resepi minuman air Koktail bandung sejuk dan segar untuk berbuka puasa. Tengah haus-haus ni masuk ke tekak mesti rasa lega je kan nanti? Resepi ini adalah perkongsian daripada saudari Ira Idris. Jom cuba buat!


Resepi Minuman Air Koktail Bandung  Sejuk Dan Segar Untuk Berbuka Puasa

Bahan-bahan

1 tin laici
1 tin buah buahan campur 
1 tin susu pekat
1 tin susu cair 
Perasa sirap 
Ais 


Cara-caranya:-



Campurkan semua bahan ( tambah sedikit air jika nk kurangkan manis )




 tambah ais.SIAP



Kredit: Ira Idris

Comments

  1. warna air yang belum di kacau tu cantik. ala2 tea live hehe

    ReplyDelete
  2. omaiii sedapnyaaa terliurrr..salam kenal..saya follow #407

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sangat tu! Alaaaa esok lusa kena try ni hehe.

    ReplyDelete
  4. Wah! nampak sedap tu nanti boleh cuba.
    Thanks share cara buat.

    ReplyDelete
  5. Fuh, terliur tengok bandung cocktail ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda