Ada ke yang mengidam Thai Banana Pancake? Musim-musim PKP ni manalah nak dapat kan melainkan buat sendiri ajelah. Hari ni Nadhie nak kongsi resepi minum petang yang sedap dan mudah dibuat iaitu Thai Banana Pancake. Selain minum petang, ia juga boleh dijadikan salah satu juadah apabila berbuka puasa memandangkan kita sudah pun tiba di bulan Ramadhan.
Buka puasa nanti confirm banyak juadah yang terlintas di fikiran kan? Tetapi, sabar. Makan berpada-pada okay? So, jom tengok resepi ni.
Resepi Thai Banana Pancake Yang Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan:-
• 1 Pcs Frozen Roti Paratha
• 1 Pisang
• 2 Tbsp Nutella
• 1 Tbsp Unsalted Butter
• 1 Tbsp Gula
• 1 Tbsp Susu pekat
Cara-caranya:-
1. Defrost Roti paratha frozen selama 5 minit. Letakkan roti paratha di atas parchment paper, then tekan roti paratha untuk luaskan lagi permukaannya.
2. Tarik sedikit demi sedikit hujung paratha dan tekan kan di parchment paper supaya roti paratha tidak mengecil.
3. Hiris pisang kepada 12 hirisan dan susunkan di atas roti paratha tadi. Lipat setelah habis susun 12 hirisan pisang tadi.
4. Panaskan frying pan dan letak butter, be generous dengan butter kalau nak roti paratha korang rangup.
5. Setelah bahagian bawah tadi tukar warna golden, taburkan gula perang. Then terbalikkan, masak sehingga rangup juga yang sebelah nya. Flip roti paratha byk kali sehingga capai kerangupan yang korang suka.
6. Setelah korang puas hati dengan kerangupan roti paratha tersebut, angkat dan sapukan Nutella dan drizzle kan susu pekat di atas pancake krabi korang.
7. Lepastu dah siap untuk di makan. Senang kan? Selamat mencubaa!
Sumber: Von Chin
wow! nampak sangat menyelerakan
ReplyDeleteselamat berpuasa nadhie
ReplyDeleteIni pasti enak ...
ReplyDeleteSaya suka :)
okay gotta go buy that paratha and banana
ReplyDelete