Skip to main content

Rumah Paling Mahal Dan Mewah Di Malaysia




Tidak sangka sis macam ni rupanya rumah paling mahal dan mewah di Malaysia. Memang jauh beza betul dengan rumah Alif Syukri. Yang ini barulah boleh dikatakan betul-betul kaya & mewah. Kawasannya pula bukanlah terletak dekat sebarangan tempat. 

Selain itu, keluasan reka bentuk dalaman kediaman ini dan keunikannya memang sangat hebat. Untuk pengetahuan korang, rumah ini dipanggil sebagai YTL Residence dan terletak di Damansara yang mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk disiapkan pada tahun 2008. 

Tengok rumah ni je mengingatkan sis pada  drama-drama Korea yang memaparkan kehidupan Conglomerate di sana yang tinggal di rumah agam besar & mewah. Nak tahu lebih lanjut tentang rumah ini, jom tengok sama-sama.




Rumah Paling Mahal Dan Mewah Di Malaysia 






Rumah ini juga menempatkan tiga generasi keluarga di dalam satu bumbung. Kira tak payah pening kepala nak balik kampung ke apa kan, time raya semua ada. haha. Duduk ramai pun selesa sebab memang besar & dilengkapi dengan banyak kemudahan.





Untuk pengetahuan anda, rumah ini turut menempatkan ruang termasuk: 9 bilik tidur, dua buah bilik keluarga, dapur keluarga + makan peribadi, pustaka keluarga, bilik permainan, kolam renang, ruang belajar, ruang makan formal, kawasan penerimaan tetamu, 21 bilik mandi, dua suite tetamu dan tempat letak kereta.






So siapa pula pemilik rumah ni kan? Mesti ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan korang, YTL bermaksud Yeoh Tiong Lay, dan dia adalah antara lelaki terkaya di Malaysia.


Syarikat utamanya, YTL Corporation adalah salah satu syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Rumah ini direka oleh agensi berpusat di Paris, Jouin Manku dan siap pada akhir tahun 2008







Gambar last ni pula adalah terowong untuk ke tempat letak kereta mereka. Wah, memang mewah giler bukan? Ni kalau banyak duit memang puas hatilah dapat buat rumah macam ni.  Hehe

Time kuarantin ni memang melekat dalam rumah sahajalah. Semua benda pun boleh buat. Nak berkumpul satu keluarga besar pun tiada masalah. Setiap hari atuk dan nenek boleh bermain dengan cucu. Hehe. 

Okay, sekian sahaja perkongsian ini. Semoga bermanfaat & thanks sudi baca. 



Rekaan dan interior dari firma terkenal Jouin Manku

Comments

  1. Cantik sangat. Macam resort.

    ReplyDelete
  2. suke sgt tengok bila ada house tour. i love seeing their interior design and the way they explain each concept of why it was built the way it is.

    ReplyDelete
  3. Menarik senibinanya..moden sungguh..pkp sampai jg hujung tahun pun ok kalau rmh mcm ni..😃

    ReplyDelete
  4. cantik dan mewah betul rumahnya. lately agak viral rumah ni di media sosial especially twitter.

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat rumah ni...design dia modern dan elegan...woww la..

    ReplyDelete
  6. coba cari di Miri Sarawak bro, ada yang lagi besar.. taukey shin yang punya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda