Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog II

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog II Without a soul my spirit's sleeping somewhere cold Until you find it there, and lead it, back, home -Evanescence Baca Kesemua Episod: Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog I Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog II Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog III Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog IV Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog V Sambungan dari  Prolog I Prolog II     "Kanda, bangunlah kanda...." Sayup-sayup kedengaran suara itu berbisik lembut di telinganya. Namun, matanya terasa sungguh berat. Berat sekali sehingga dia hanya mahu berehat dan tidur sahaja.     "Kanda....bangunlah....." Suara itu kedengaran lagi, nafasnya terasa berhembus lembut di telinganya, seakan-akan memaksa dia untuk membuka matanya.  Perlahan-lahan Akiff membuka matanya. Namun, pandangannya terasa terik dan sungguh terang sehingga menyilaukan pandangan mata. Dia pandang ke sekeliling. Saat itu dia kehairanan. Bagaimana dia boleh berada

Tips Mengawal Gula Dalam Darah

Makin meningkat usia, semakin perlu kita menjaga pemakanan dan mengawal pengambilan gula. Kerana semakin berusia seseorang, semakin meningkat risiko untuk terkena penyakit berangkai seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.  Mari sama-sama amalkan diet seimbang dan cara hidup yang sihat seperti bersenam, beriadah dan sebagainya. Berikut sis kongsikan tips dan cara mengawal gula dalam darah oleh Dr.Zubaidi. CARA MENGAWAL GULA DALAM DARAH Menurut Dr. Zubaidi, Bagi pesakit diabetes, pengambilan makanan faktor penting bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana pesakit kencing manis mengalami masalah dalam proses metabolisme, yang sepatutnya karbohidrat diproses dapat dijadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga. Bagi pesakit kencing manis, metabolisme ini tidak berlaku. Gula yang dihasilkan tidak dapat digunakan menjadi tenaga kerana penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau masalah insulin yang ada tidak dapat digunakan akibat kerintangan insulin

Doa Pembuka Pintu Rezeki Amalkan Setiap Pagi

Doa Pembuka Pintu Rezeki Amalkan Setiap Pagi Doa : Allahumma inni as-aluka ilman naafi aa,  Wa rizqom thoyyibaa, wa' amalan mutaqobbalaa. Maksudnya: "Ya Allah, sungguh aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima." Aamin. Jom amalkan setiap pagi, setiap hari!

Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog I

Bagai malam dipagari bintang, Kau berseri cantik tak terperi. (This novella was written specifically for my husband based on our last conversation.)  Dear my darling husband, please enjoy the continuation of this story :p. For temporary, the title will be  Дүниежүзілік соғыс V. TQ Baca Kesemua Episod: Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog I Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog II Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog III Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog IV Novelet: Дүниежүзілік соғыс V : Prolog V PROLOG I Cahaya yang menyilaukan itu seakan-akan mencerucuk ke anak matanya. 'Aku kat mana?' bisiknya di dalam hati. Entah mengapa badannya terasa letih sekali. Letih , sakit dan sangat meletihkan. Namun, perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.  Dan saat itu telinganya mula menangkap-nangkap bunyi yang bising dan terasa tubuhnya bagai terhentak-hentak. Badannya terasa sengal-sengal, sakit-sakit. Seolah-olah lebam-lebam di sana sini. Bayangan wajah anak