Nama lain bagi gula. Terkejut sis bila tahu rupanya gula ada lebih kurang 60 nama lain yang kita tidak pernah tahu. 60 nama-nama lain itu diguna pakai pada sesetengah produk tertentu yang dihasilkan oleh pengeluar- pengeluar makanan.
Bagi sis, kita perlu juga ambil tahu nama-nama lain bagi gula bagi mengelakkan terbeli makanan yang mengandungi gula berlebihan. Terutamanya yang diletakkan pada label dan ingredients makanan.
60 Nama Lain Bagi Gula Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu
.
Cara mudah untuk mengelakkan gula tambahan :
1. Pilih air kosong berbanding minuman manis.
2. Hadkan kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan.
3. Hadkan minuman manis (sehari sekali sahaja).
4. Gantikan makanan manis dengan makanan yang lebih sihat seperti buah.
5. Baca label dan elak produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
Adess! Macam-macam kan sekarang ni. Susah betul rasanya nak pilih makanan yang sihat tetapi sedap. Tambahan pula ada pula nama-nama lain bagi gula yang kita perlu 'alert' kewujudannya.
Memang jenuh la kan nak hafal dan rujuk satu per satu. Tetapi, tak apalah mana yang kita tahu dan sebolehnya dapat dielakkan, kita cuba je elakkan.
Selebihnya pilih sahaja makanan yang sihat-sihat dan tidak memudaratkan sahaja, okay? Sekian sahaja perkongsian dari Nadhie. Semoga bermanfaat. Bubye!
Comments
Post a Comment