Skip to main content

Cara Mudah Dan Berkhasiat Buat Serbuk Ikan Bilis Bagi Melazatkan Makanan Bayi




Pasti ramai ibu-ibu yang buntu apabila bayi kecil sukar untuk diberi makan, menolak makanan dan berat pula tak naik-naik. Jangan risau, ibu-ibu sekalian boleh mencuba untuk membuat serbuk ikan bilis bagi menambah kelazatan dalam makanan bayi. Jangan risau okay, resepi yang hendak dikongsikan ini pasti berkhasiat dan sangat sesuai untuk bayi. 


Bagi memudahkan ibu-ibu untuk membuat makanan yang lazat dan berkhasiat untuk anak kecil, boleh juga dicampurkan dengan serbuk ikan bilis homemade ini. Gerenti anak akan berselera untuk makan. Okay , tanpa berlenggah lagi jom kita ikuti perkongsian dan resepi seorang pengguna facebook seperti di bawah ini. 



Sejak anak dah masuk 8 bulan ni, makin rajinlah mummy nak masak macam-macam untuk baby. Since Zyad masuk 6 bulan haritu dia dah start solid food dan benda pertama yang Noorul buat ialah 4 days rule (4DR).

 

Untuk new mommies yang masih tak tau 4DR ni untuk apa, tujuannya ialah untuk kenalpasti makanan mana yang ok dan tak ok untuk baby. So senanglah mommy nak detect makanan apa yang buat baby naik ruam, gatal-gatal atau sembelit kan.

 

Macam anak Noorul, dia tak boleh makan ayam untuk permulaan tu. Mula lah leher, betis naik merah lagipun kulit dia jenis sensitif @ eczema. Then after one month baru slowly Noorul masukkan ayam dalam lauk dia dan alhamdulillah dia dah boleh mula terima semula.


Untuk serbuk ikan bilis yang sis nak kongsi ni sebenarnya hanyalah untuk perasa (seasoning) sahaja orang kata bagi buatkan anak tambah lagi selera nak makan.

Sebenarnya Ikan bilis ni banyak khasiatnya antaranya mengandungi vitamin A, kalsium, kalium dan selenium juga tau, so bagus untuk perkembangan anak kita. 

Yang best bila ada serbuk ikan bilis ni, kita boleh buat macam-macam dengan lauk dan boleh varietykan lagi masakan. 




Cara Buat Serbuk Ikan Bilis untuk Bayi


Steps nak buat dia sangat senang.

Yang perlu ada :

(1) Blender with miller (blender kering)

(2) Ikan bilis

(3) Air untuk rendam

(4) Bekas kedap udara


Cara-caranya :-

(1) First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.

(2) Rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.

(3) Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.

(4) Sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya.




>> Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.

(5) Angkat bila dah nampak rangup



(6)  biarkan ikan bilis tu sejuk kejap baru blend

>> Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap


(7) Lepas dah blend akan dapat serbuk halus. 


(8) Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan !


Pejam mata celik je dah siap kan. Confirm anak akan lagi berselera bila tambah serbuk ikan bilis ni nanti.


Kredit : Simply Noorul

Comments

  1. Ikan bilis mmg seasoning semulajadi.. kalau kite buat nasi goreng ke,bihun ke..kalau letak ikan bilis pn sedap..dlu ms anak ummi kecik,ummi beli serbuk ikan bilis ni..rupeny senang jugak buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. memang fave kalau buat nasi goreng letak bilis. nyums!

      Delete
  2. utk org dewasa pun best jg ni..buh dalam bubur nasi..sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Hi! Terima kasih sudi share post dari blog saya. Moga resepi ini menambahkan selera anak-anak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda