Resepi Apam Nasi Untuk Bayi Tanpa MSG, Gula Mahupun Garam

 Assalamualaikum & Hi Semua!



Mempelajari pelbagai jenis hidangan yang sedap dan lazat sudah menjadi kemestian buat insan bergelar ibu. Ya, begitulah Nadhie sejak bergelar seorang ibu ni. Namun, apa yang penting hidangan tersebut juga haruslah mematuhi syarat seperti tiada penggunaan MSG, gula mahupun garam yang tidak baik untuk bayi.  Kan susah jugak tu nak pastikan sesuatu makanan tu sedap, lazat tanpa bahan-bahan seperti di atas. Tapi, ada je caranya rupanya. Kena pandai ubahsuai mengikut kreativiti sendiri lah nampaknya.


Godek punya godek salah satu resepi apam nasi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook menarik perhatian Nadhie. Cara-caranya mudah dan bahan-bahannya pun ringkas. Boleh la dicuba dan buat untuk anak-anak kecil kan. Jom tengok cara nak buat!




Resepi Apam Nasi Untuk Bayi Tanpa MSG, Gula Mahupun Garam







Bahan1:
1 cawan nasi
1 1/4 air suam
2 sudu besar madu( pengunaan madu hanya untuk 1 tahun & keatas sahaja..pure kurma untuk 8m keatas)
1/2 cawan pure buah naga

-Blend kesemua bahan2 diatas

Bahan2:
Tepung gandum 1 cawan
Tepung beras 1 cawan
1 tbsp yis

-Kemudian masukkan bahan2 diatas blend sehingga halus
-Perap adunan sehingga kembang ..sapukan acuan dengan minyak..tuang adunan kedalam acuan..panaskan air sehingga menggelegak..baru kukus adunan sehingga masak..siap
-Adunan ni boleh dapat byk..so ibu ayah boleh enjoy sekali makan dengan baby..mesti best😊..ibu pun enjoy makan dengan baby serius sedap..

Kredit : Isma Linda

3 Comentarios

  1. Apem nasi, kalo di daerah saya apem dari beras mbak, mungkin bedanya hanya tekstur aja kali ya mbak. Terima kasih resepnya mbak, salam kenal semoga bisa saling berbagi dalam hal bermanfaat.

    ReplyDelete