Skip to main content

Lirik Lagu Sungai Lui - Aizat Amdan




Baru-baru ini aku terdengar semula lagu lama dendangan Aizat Amdan ini, Sungai Lui. Ada apa dengan lagu ini? Aku pasti setiap orang pasti ada lagu yang menjadi memori-memori dalam kehidupan seharian masing-masing kan? Samada saat sedar ataupun tidak. 


Begitu juga aku. Lagu ini bukan lagu favourite aku. Tapi, pada ketika itu situasi itu membuatkan aku tanpa sedar menjadikan lagu ini penguat aku ketika melalui situasi itu' di 'situ'. Untuk melalui hari-hari yang mendatang dengan positif, dengan happy. Saat jasad aku disitu, tetapi minda dan hati aku tiada di tempat itu. 


Ketika itu, ada seseorang di situ. Hanya dia seorang yang aku rasakan seolah-olah menyebelahi aku. Seolah-olah dia mengatakan yang aku tak perlu risau, kerana di sini tempat aku. Tapi, akhirnya aku dan dia tetap tidak mampu untuk melakukan apa-apa. 


Setelah sekian lama aku menanti, akhirnya detik itu tiba. Pada waktu yang tepat, aku mengundur diri dari situ dengan hati yang lega dan bebas. Kerana aku sedari yang di situ tetap bukan tempat aku. Aku memang tidak ngam untuk berada di situ bersama orang-orang itu. 


Di situ dan apa-apa yang berkaitan dengan tempat itu meskipun secebis kenangan, tetap bukan untuk aku. Dan tiada apa-apa yang ingin aku ingati lagi. 





Lirik Lagu Sungai Lui - Aizat Amdan


Pejamkan matamu untuk 'ku

Dengarlah dunia berkata-kata

Usah kau ragu disini tempatmu

Walau berubah dimata kita

Tetap indah

Selagi kau masih percaya


Tertawa, kecewa, terpisah

Jalan yang lurus yang berhalang

Adakah semua ini yang 'ku inginkan

Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

'Ku harap 'ku masih percaya


Adakah semua ini yang 'ku inginkan

Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

'Ku harap 'ku masih percaya


Bukalah matamu

Biar aku memelukmu

Kita bersama masih muda, masih mentah

'Ku harap kau masih percaya

Selama ini

Selama ini

Selama ini

Selama ini

Selama ini

Selama ini

Selama ini


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda