Skip to main content

Resepi Kuih Badak Berendam




Ya rabb sedap betul kuih-muih tempatan kita. Selalu teringat-ingat. Kadang-kala cari dekat kedai, tapi tak ada pula. Terutamanya menjelang petang ke malam. Ya, lazimnya banyak restoren yang akan menjual kuih-muih hanya pada waktu pagi sahaja. Ketika bersarapan. 

Macam tu lah dekat tempat sis ni sehingga kini. Jadi nak tak nak lebih baik buat sendiri sahaja memandangkan boleh makan bila-bila. So, jom tengok resepi ini. 


Resepi Kuih Badak Berendam

Bahan-bahan Inti Kuih Badak Berendam:-

1/2 biji kelapa parut (putih saja)

1/2 cawan gula melaka

2 sudu besar gula pasir

1/2 cawan air

2 helai daun pandan - disimpul

1 sudu besar tepung gandum


Cara-Cara Buat Inti Kuih Badak Berendam:-

1. Cairkan gula bersama air dan daun pandan. Masukkan kelapa dan kacau rata.

2. Setelah air kering, masukkan tepung. Kacau sebati. Jangan terlalu kering. Inti sedap jika sedikit lembap.

3. Sejukkan dan bulat-bulatkan inti.


Bahan-bahan Bebola Badak:

3 cawan tepung pulut

3 sudu besar tepung gandum

1 sudu teh garam halus

1 1/8 cawan air daun pandan (guna 4-6 helai daun pandan)

Sedikit pewarna hijau


Cara-Cara Buat Doh Bebola Badak Berendam:-

1. Satukan tepung-tepung dan garam. Masukkan air dan pewarna. Gaul hingga menjadi doh. Jika masih tak menjadi doh, tambah sedikit air lagi.

2. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti kelapa. Tutup dan gentel bulat.

3. Rebus dalam air mendidih. Apabila sudah timbul, angkat dan toskan.

4. Masukkan ke dalam bekas berisi air supaya tak melekat.


Bahan-bahan Dadih Santan Badak Berendam:-

5 cawan santan

4 sudu besar tepung beras

1 1/2 sudu teh garam


Cara-Cara Penyedian Kuah Kuih Badak Berendam:-

1. Masak semua bahan di atas api sederhana hingga pekat dan meletup-letup.

2. Tuang di atas bebola badak tadi. Siap. Sedap dihidang sejuk.

Sedia dihidang! Jom makan.



Kredit: Julia Kamarudin

Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda