Skip to main content

Resepi Makanan Bayi Tom Yam Ayam Kuah Putih


Resepi masakan tomyam putih untuk bayi anda. Ha, siapa kata bayi tak boleh makan tomyam kan? Kalau tahu caranya, kita juga boleh buat lauk tomyam untuk versi anak kecil. Selain itu, dapat pelbagaikan jenis lauk dan menu untuk mereka rasai. Jadi tak adalah bosan dan asik makan menu-menu yang sama sahaja kan? 

Resepi tomyam kuah putih ini adalah perkongsian daripada Wany Syazwany. Jom tengok apa resepinya! Moga-moga makin berselera lah si manja kita makan ya. 



Resepi Makanan Bayi Tom Yam Ayam Kuah Putih




Bahan-bahan Tom Yam Kuah Putih:-


Tomato
Halia
Daun limau purut
Bawang Merah
Sawi Pak Choi
Lobak Merah
Serai
Ayam

Cara-Cara Memasak Tom Yam Kuah Putih:-


1. Tumis bawang-bawang dengan sedikit minyak masak

2.  Agak- agak dah naik bau, masukkan air serta bahan-bahan lain . 

3. Biarkan sampai mendidih dan masak.

4. Keluarkan : serai, halia, daun limau purut

5. Bahan lain boleh blend or cincang.. Sedia dihidang. 




Cantik dia deko. Ingatkan susah resepinya, rupanya nampak mudah sahaja kan?  Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat! Thanks!



Kredit: Wany Syazwany

Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda