Skip to main content

Resepi Mudah Scones Untuk Bayi



Teringat pula masa makan Scones dekat Cameron Highland sebelum ni. Sedapnya ya ampun. So, terfikir juga nak beri anak merasa scones versi makanan bayi pula. So, ada ke tak resepi scones yang sesuai untuk bayi? 


Tiba-tiba terjumpa satu perkongsian resepi ini daripada seorang pengguna facebook, iaitu Nur Wahidah tentang resepi scones yang sesuai untuk bayi. 


Yang menariknya, apa-apa sahaja resepi yang boleh dimakan bayi turut boleh dimakan oleh kita orang dewasa. So, alang-alang buat, buat yang versi bayi boleh makan sekali. Tak gitu? Baiklah, jom sis kongsikan di sini pula resepinya.

Resepi Mudah Scones Untuk Bayi 


Bahan-bahan Untuk Buat Scones:-


✔️ 115 Gram Unsalted Butter


✔️ 2 cup + 1/2 cup unbleached flour


✔️ 1 tsp aluminium free baking powder


✔️ 80ml Full cream milk


✔️ 2 Tsp Honey (bawah 1year ganti dates paste)


✔️ homemade Chocolate Chip (optional)



Cara-cara Buat Scones Untuk Bayi:-


✅ Dalam satu bekas, satukan tepung dan butter (sejuk), butter tidak perlu dicairkan. Keluar peti terus potong cube and masuk dalam adunan tepung.


✅ gaul tepung bersama butter. Gaul sekata sahaja.


✅ masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli sampai doh menjadi stabil (tak lembik)


✅ masukkan madu atau dates paste. Gaul hingga sekata. Kalau adunan mcm keras. Tambah susu full cream sedikit. Kalau adunan lembik atau melekit. Tambah tepung sedikit.


✅ bila doh dah siap, canai doh dan tekapkan doh. Mommy tekap guna botol susu aidan je. Hahahah.


✅ kalau nk letak chocolate chip ke kismis ke. Letak masa nak canai doh and tekapkan.


✅ sapu permukaan scone dengan kuning telur.


✅ bakar pada suhu 170 selama 20 minit.


✅ doneee 




Kredit : نور واحيدة





Comments

  1. Tak pernah cuba scones. Tahu pun dari drama kampong people. hihi..buat yang untuk baby ni orang dewasa boleh tumpang sekali :)

    ReplyDelete
  2. hi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)

    https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html

    ReplyDelete
  3. menarik jugak nengoknya, bahan pun mudah

    ReplyDelete
  4. betul juga ....boleh juga makan untuk orang dewasa hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda