Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Idea Dekorasi Rumah Kecil Tetapi Cantik Berwarna Pastel

Siapa kata rumah kecil tidak boleh kelihatan cantik, nampak mewah mahupun menenangkan? Rumah kita, adalah syurga kita. Tidak kira betapa kecil mahupun besarnya ia, ia harus dijaga dengan sebaik mungkin. Disebabkan rumah adalah syurga kita, tempat kita beristirehat, oleh itu tiada salahnya dalam memelihara dan mencantikkan rumah setiap masa. Selesa rumah, barulah selesa sahaja nak lepak mahupun buat kerja kan? Kali ini Nadhie ingin kongsikan sebuah dekorasi rumah kecil yang berwarna pastel yang pasti memukau pandangan, membuatkan kita terasa tenang melihatnya disamping membuatkan ruang pada sesebuah rumah kelihatan luas. Jom tengok! Idea Dekorasi Rumah Kecil Tetapi Cantik Berwarna Pastel Cantik bukan? Gabungan warna pastel yang lembut bukan sahaja menyedapkan mata yang memandang, namun sangat memainkan peranan bagi menampakkan keluasan sesebuah ruang itu.  Pendek kata kena pandai bermain dengan warna, susun atur barang dan pemilihan perabot yang betul. Okay sekian sah

Senarai Menu Dan Resepi Makanan Bayi Berasaskan Santan Untuk 8 Bulan Ke-atas

Masuk usia anak 8 bulan dan ke atas, semakin banyak menu-menu menarik yang boleh dicuba. Apapun, sebelum usia mereka mencecah 12 bulan, ibu-ibu digalakkan untuk berhati-hati sebelum memberi anak mencuba sebarangan makanan. Berikut merupakan resepi makanan bayi berasaskan santan yang sesuai untuk bayi berusia 8 Bulan ke atas. Apapun sebelum mencuba resepi ini, jangan lupa buat 4DR (4 Day Rules) untuk memastikan anak tiada sebarang alahan pada pemakanan tersebut.  So tanpa berlenggah lagi, di bawah ini adalah senarai menu dan resepinya.  Senarai Menu Dan Resepi Makanan Bayi Berasaskan Santan Untuk 8 Bulan Ke-atas Menu Lunch Santan :  🌴 Nasi Lemak Ayam Pandan  🌴 Tomyam Ayam Bersantan  🌴 Masak Lemak Ayam & Labu Breakfast & Hi Tea Bersantan 🍌 Lepat Pisang Bahan-bahan:- 🍌 Pisang emas ( 3 biji) 🍌 Tepung beras ( 3 sudu besar) 🍌 Susu full cream @ santan ( 1/2 cawan) sukatan nie agak2 saja 🍌 Daun pisang ( layur dahulu) Cara Penyediaan:- 1) Lenyekkan pisang. 2

Review KDrama The Penthouse

Orang kata Korean drama Penthouse ni macam sinetron versi Korea. Betul ke? Masa mula-mula tengok kdrama ni, ianya mencuri perhatian sis apabila sis cuba layan dari episod awal. Walaupun bukanlah drama yang bergenre kan fantasi dan action macam yang sis suka, tetapi drama Penthouse ini tetap mendapat perhatian sis.  Ada beberapa perkara yang terus menarik minat sis untuk tetap menontonnya kerana cerita ini bergenrekan saspen, terlalu banyak konflik yang ada seperti perebutan kuasa, wang ringgit, nama, pangkat, kejayaan dan bermacam-macam lagi sehingga meninggalkan tanda tanya yang mendalam pada kalangan penonton.  Berdebar-debar dan tertunggu-tunggu di buatnya dan dalam masa yang sama geram dengan watak-watak jahat serta anak-anak orang kaya yang berlagak dalam drama tersebut.  Review Korean Drama : Penthouse Pelakon-Pelakon: Lee-Ji-Ah Kim So yeon Eugene Uhm Ki Jung Yoon Jung Hoon sinopsis & Review:  Cerita ini berkisarkan tempat di sebuah apartment mewah iaitu sebuah Pen