Skip to main content

Review KDrama The Penthouse




Orang kata Korean drama Penthouse ni macam sinetron versi Korea. Betul ke? Masa mula-mula tengok kdrama ni, ianya mencuri perhatian sis apabila sis cuba layan dari episod awal. Walaupun bukanlah drama yang bergenre kan fantasi dan action macam yang sis suka, tetapi drama Penthouse ini tetap mendapat perhatian sis. 

Ada beberapa perkara yang terus menarik minat sis untuk tetap menontonnya kerana cerita ini bergenrekan saspen, terlalu banyak konflik yang ada seperti perebutan kuasa, wang ringgit, nama, pangkat, kejayaan dan bermacam-macam lagi sehingga meninggalkan tanda tanya yang mendalam pada kalangan penonton. 

Berdebar-debar dan tertunggu-tunggu di buatnya dan dalam masa yang sama geram dengan watak-watak jahat serta anak-anak orang kaya yang berlagak dalam drama tersebut. 


Review Korean Drama : Penthouse



Pelakon-Pelakon:


Lee-Ji-Ah

Kim So yeon

Eugene

Uhm Ki Jung

Yoon Jung Hoon



sinopsis & Review: 


Cerita ini berkisarkan tempat di sebuah apartment mewah iaitu sebuah Penthouse yang dipanggil sebagai Hera Palace  berhadapan dengan situasi yang ganjil apabila melibatkan sebuah kematian seorang remaja perempuan miskin di situ.  Insiden gadis iu ditolak tanpa sengaja telah disaksikan oleh Shim Su Ryeon yang sebenarnya merupakan ibu kandung kepada gadis tersebut. 

Dari situ bermulalah plan Shim Su Ryeon untuk mencari pembunuh sebenar yang telah menolak anaknya, anak yang sekian lama telah terpisah dengannya. Su Ryeon menyimpan dendam dan azam demi menebus kesalahannya terhadap anaknya. Shim Su-Ryeon (Lee Ji-Ah) dilahirkan dalam kekayaan, merupakan seorang wanita anggun dari kelas atas dan dia seperti ratu dalam Penthouse tersebut. Manakala Suaminya ialah Joo Dan-Tae (Uhm Ki-Joon) yang merupakan seorang lelaki kaya yang berjaya dalam perniagaan dan harta tanah.

Selain itu, di antara penduduk Penthouse termewah di Korea itu terdiri daripada Cheon Seo-Jin (Kim So-Yeon) dilahirkan dalam keluarga kaya dan sangat sombong. Suaminya ialah Ha Yoon-Cheol (Yoon Jong-Hoon). Dia adalah seorang pakar bedah di hospital umum dan seorang yang bercita-cita tinggi, namun berlatar-belakangkan keluarga yang miskin. 

Manakala penduduk seterusnya yang berjaya menempatkan diri ke Penthouse ialah Oh Yoon-Hee (Eugene) berasal dari latar belakang keluarga yang miskin. Dia bekerja keras demi menempatkan anaknya setaraf dengan golongan atasan. Tanpa Oh Yoon Hee sedari, dia telah bertindak dan berkata-kata mengikut tunjuk ajar Shim su Ryeon yang memudahkan dia untuk berpindah ke Penthouse tersebut.

Oh Yoon Hee secara tak sedar telah menjadi sahabat baik Shim Su Ryeon. Namun sesuatu yang tidak disangka telah diketahuinya. Sesuatu yang secara tak langsung mengugat persahabatan mereka. Sebuah rahsia yang menyakitkan untuk diketahui. Nak tahu lebih lanjut, kena lah tengok sendiri. Okay, sekian sahaja! Bubye!




Comments

Popular posts from this blog

Tanda-tanda Seseorang Mungkin Meminati Anda Di dalam Diam

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Di Lokasi Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia

Tutorial Lengkap Cara Renew Roadtax Kereta Anda